Lihatlah pada pengorbanan Allahyarham. Beliau tidak pernah hidup kaya-raya. Sepanjang usianya dihabiskan untuk berbakti kepada negara ini. Janganlah kita menghina seorang yang begitu mulia ketika hayatnya. Tolonglah....ok...tolonglah
Maaf saudara Haris Ibrahim, lawak anda ‘not funny’
PEGUAM, aktivis dan bloggers, saudara Haris Ibrahim menulis mengenai allahyarham bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba dalam blognya
http://harismibrahim.wordpress.com/2008/10/09/i-no-understanding-you-i-no-speaking-inglis/.
Menurut Harris, dia ada mendengar orang bercakap mengenai Tun Ghaffar sewaktu arwah pergi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Kata Harris, sewaktu arwah nak pesan roti bakar dekat seorang waiter, arwah cakap macam ni;
‘I want you burn the bread, but don’t burn too much, ok. Put the butter upstairs and the jam downstairs’, or something like that.
Macam nilah, semua orang tahu Tun Ghaffar tidak begitu fasih berbahasa Inggeris tetapi untuk menghina arwah dengan lawak sebegini, bagi aku, cukup melampau dan mengejikan.
Apatah lagi arwah tidak ada di dunia untuk membela dirinya dari lawak-lawak bangang seperti di atas
Saudara Harris, arwah Tun Ghaffar tak fasih berbahasa Inggeris adalah fakta, Tun Ghaffar hanya bawa plastik beg masa kat airport selepas dijatuhkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim adalah fakta, bini Tun Ghaffar kena tangkap basah masa arwah sakit juga adalah fakta.
Tetapi saudara Harris kena ingat, Tun Ghaffar mengabdikan dirinya untuk memperjuangkan kemerdekaan dan maruah orang Melayu juga adalah fakta, Tun Ghaffar menolak sebarang pingat sewaktu berkuasa kerana sifatnya yang rendah diri itu juga adalah fakta, Tun Ghaffar salah seorang pemimpin Melayu yang miskin harta kerana tidak gila wang ringgit walaupun pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri juga adalah satu fakta!!!
Aku hampir menitiskan airmata setiap kali mengenangkan pengorbanan Tun Ghaffar kepada orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya dan dan aku tak mampu untuk ketawa hanya kerana beliau tidak fasih berbahasa Inggeris seperti saudara.
Lebih mengecewakan lagi, yang menghina arwah juga adalah orang Melayu seperti anda.
Maaf saudara Harris Ibrahim, sekali lagi aku ingin ulang, lawak anda ‘not funny’.
(Petikan : http://syahrilkadir.wordpress.com/)
Saturday, October 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment