Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO menyambut baik langkah kerajaan mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram.
Tindakan pengharaman yang diambil itu amat wajar kerana nasihat dan peringatan sudah berulang kali diberikan tetapi tidak diendahkan oleh pihak itu.
Sekretariat berharap, selepas ini, kerajaan akan menggunakan undang-undang yang tegas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk membendung Hindraf jika mereka masih bergerak aktif.
Pengharaman sewajarnya disusuli dengan tindakan tegas kerana jika tidak, pengharaman yang dibuat tidak akan membawa sebarang maksud.
Sekretariat memandang serius kewujudan Hindraf yang boleh membawa mudarat kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Jika tidak dibendung secara keseluruhan, dibimbangi akan membawa kesan yang negatif kepada masyarakat terutama dalam hubungan antara Melayu dan India di negara ini.
Amat merugikan jika hubungan kaum yang mula dipupuk sejak sebelum kemerdekaan lagi berakhir atau tergugat akibat pegangan politik sempit sebuah kumpulan seperti Hindraf.
Justeru, tindakan yang paling tegas demi kebaikkan bersama adalah pilihan seterusnya untuk dilaksanakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.
Sekteriat juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar atas tindakan bernas mengharamkan Hindraf. Sekretariat juga berharap harap ini adalah satu bentuk peringatan terhadap pihak yang cuba ambil kesempatan dalam isu berkaitan agama, etnik dan budaya.
Diminta jangan aibkan mana-mana pihak sekali pun.
Rakan-rakan dari semua kaum perlu menghormati sejarah perjuangan yang mana telah dibawa sekian lama di mana kita sudah dapat kemerdekaan 51 tahun.
Saya harap amalan sistem demokrasi akan terus dapat dikekalkan.
Di sekretariat kami mengamalkan dasar pintu terbuka iaitu membantu setakat yang terdaya untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, etnik atau agama.
Bukti UMNO amalkan sistem perpaduan untuk semua kaum.
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat
Wednesday, October 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment