Tuesday, October 7, 2008

Hindraf kurang ajar perlu diajar





1) Hindraf kini menjadi buah mulut banyak pihak. Bukan kerana kehebatan mereka tetapi kerana sikap biadap melampau kumpulan itu.
2) Apakan tidak, dalam majlis sambutan Hari Raya Perdana Menteri dan Menter-menteri kabinet baru-baru ini, mereka datang dengan penuh sombong dan bersikap ala gangster. Tidak mahu bersalam dengan Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang lain.
3) Apa mereka ingat diri mereka hebat sangatkah?
4) Sudahlah begitu, pemimpin mereka boleh pula buat kenyataan kononnya mereka berkunjung ke rumah terbuka itu dengan niat untuk bermaaf-maafan.
5) Bermaaf-maafan apa bendanya kalau tidak mahu bersalam dengan sesiapa atau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Perdana Menteri dan lain-lain.
6) Itu mencerminkan sifat angkuh yang melampau. Perangai orang tidak sekolah pun ada jugak.
7) Saya bersetuju dengan pandangan pelbagai kumpulan sekarang ini yang mahukan agar kumpulan haram itu diambil tindakan.
8) Jangan diberi muka lagi. Hindraf mewakili satu kumpulan yang mempunyai perjuangan kaum yang sempit.
9) Mereka tidak mendukung cita-cita perpaduan nasional dan hanya mahu menjadi juara di kalangan orang India.
10) Dalam usaha itu, mereka memburukkan dan menjadikan UMNO (secara tidak langsung orang Melayu) sebagai mangsa mereka.
11) Kalau perkara ini berterusan, saya bimbang masyarakat Melayu pula akan bangkit menentang. Dan percayalah, senario yang wujud ketika itu bukanlah sesuatu yang baik atau menarik untuk negara ini.
12) Kesabaran bangsa Melayu memang tidak boleh dinafikan sebagai amat tinggi, tetapi jika berterusan digugat maka akan terlerai juga akhirnya.
13) Demi negara tercinta ini, saya mencadangkan agar kumpulan biadap ini dibanteras terus. Jangan lagi bersimpati atau memberi muka kepada mereka.
14) Sekarang ini pun kita sudah agak terlewat kita mengambil tindakan ke atas mereka. Justeru, saya memohon kepada kerajaan agar menggunakan segera ruang undang-undang yang ada seperti ISA untuk mengatasi kumpulan ini.
15) Demi agama dan demi bangsa juga kita harus bertindak dengan pantas.

No comments: