Bila Pak Lah akan mengumumkan sama ada beliau mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO akan terjawab dalam sehari dua lagi.
Ia mungkin esok (Selasa - 7 Okt) atau Rabu ini.
Memperlihatkan kenyataan beliau, kemungkinan besar pengumuman itu dilakukan hari Rabu ini.
Sebab Pak Lah akan bertemu dengan pemimpin BN melalui mesyuarat dewan tertinggi parti komponen itu pada hari berkenaan.
Tujuan pertemuan difahamkan bagi memperjelaskan hala tuju peralihan kuasa dalam UMNO.
Memanglah ahli-ahli BN berhak untuk mengetahui perkara itu kerana Presiden UMNO juga adalah Presiden BN.
Kalau ikut pandangan saya, memanglah hari Rabu ini akan menjadi detik penentuan sama ada beliau akan mempertahankan atau tidak.
Kemungkinan selepas pertemuan itu beliau akan memberitahu apakah langkah politik beliau yang seterusnya.
Tidak kira apa pun keputusan beliau kelak, saya yakin ia dilakukan setelah mengambil kira pertimbangan yang sewajarnya.
Sama ada pertahan atau tidak, yang pasti ia akan mencorak perjalanan politik yang lebih rancak selepas ini.
Dan, diharap apa jua keputusan beliau akan dilihat sebagai sebagai hak beliau sebagai pemimpin dan individu.
Andai beliau memilih untuk terus bertahan, maka kita perlu memberikan ruang dan melihat ia sebagai peluang untuk Pak Lah bertanding secara adil dan saksama.
Akar umbi juga harus diberikan peluang untuk menilai sejauh mana Pak Lah masih dikenang para ahli UMNO.
Dan jika beliau memilih untuk tidak mempertahankan, maka kita harus memberikan hormat yang lebih tinggi kepada beliau kerana mengambil langkah yang berani.
Saya menulis bukan untuk mengampu tetapi kita sedang bercakap mengenai nasib pemimpin tertinggi parti.
Maka, setiap kata kita hendaklah mencermikan rasa hormat dan mengenang budi terhadap apa jua keputusan beliau nanti.
Monday, October 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment