Tinggal lagi 12 hari untuk 16 September menjelang tiba, yakni tarikh yang dijanjikan Anwar Ibrahim untuk dia menjadi Perdana Menteri padanya atau sebelum itu.
Tetapi setakat ini sunyi sepi sahaja kenyataan Anwar itu. Apakah ia hanya gimik?
Kalau tanya saya, bukan sekadar gimik tetapi nampak macam penipuan oleh Anwar untuk memastikan dia terus berada di arus perdana publisiti atau terus mendapat perhatianlah katakan.
Namun, ada satu persoalan, jika Anwar gagal mencapai niatnya itu, bukahnya kredibilit dia pasti terjejas.
Kenapa terjejas.... pasal cakap tidak serupa bikin. Sebagai pemimpin dia kenalah serius bila bercakap. Cakap dia membawa nilai walaupun nilai negatif.
Saya juga rasa Anwar perlu minta maaf pada rakyat jika apa yang dia cakap itu tidak menjadi.
Angan-angan besar dia menyebabkan ramai rakyat tidak selesa. Ini kerana bukan semua rakyat negara ini menyokong dirinya. Ramai geli dengan Anwar sebenarnya dan takut bila dengar dia hendak jadi PM. Jadi, jika gagal jadi PM, dia kenalah mohon maaf sebab buat ramai orang runsing selama ini.
Mulai hari ini saya akan membuat countdown ke tarikh 16 September.....untuk apa? Saja menunggu tarikh memalukan untuk Anwar
Tetapi sebelum itu, saya rasa Anwar sudah tentu ada jawapan jika tidak sempat menjadi PM.
Saya sediakan dahulu satu atau dua alasan yang mungkin beliau gunakan.....
Pertama: BN ugut ahli-ahli Parlimennya supaya jangan lompat parti
Kedua: BN beri wang yang banyak kepada ahli-ahli Parlimen berkenaan
Yang lain nanti...akan saya gariskan satu-persatu.....dan kita tengok mana yang kenaaaa!
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment