Anwar dalam satu pertemuan dengan para penyokongnya di Kelana Jaya malam ini memberitahu dia sudah memiliki sokongan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
Anwar kata dia beri masa 2 minggu kepada Pak Lah untuk menukar kerajaan secara aman.
Dia juga bercadang hendak mengadakan pertemuan dengan Pak Lah untuk berbincang peralihan secara aman.
Dua aspek mengenai perkara ini, kalau benar maka ia sesuatu yang sangat menarik. Jika penipuan, maka anwar ternyata penipu paling mahir dan hebat dalam sejarah politik negara.
Kalau ikut saya, saya masih berpegang bahawa ini hanyalah penipuan semata-mata dan tidak mungkin Anwar akan dapat menubuhkan kerajaan.
Kalau boleh, Anwar yang tidak sabar menjadi PM pasti sudah lakukan ia lama dahulu. Takkan beliau sanggup bersabar begitu lama.
Tidak mungkin... itu pendapat saya.
Monday, September 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment