Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam,kepada seluruh ahli keluarga UMNO dan Barisan Nasional.
Saya dan seluruh barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO turut mengambil kesempatan sempena Ramadhan al-Mubarak dan Syawal yang Mulia ini untuk memohon ampun dan maaf.
Kami berdoa semoga kita semua mendapat maghfirah, berkat dan kemenangan besar dengan amalan baik sepanjang hayat, khususnya pada Ramadhan dan Syawal ini.
Sesungguhnya ibadah dan khidmat kita semua adalah untuk kebaikan seisi alam. Biar di peringkat mana atau kawasan mana kita berjuang, amalan kita pastinya memberi banyak manfaat dan faedah kepada pelbagai pihak.
Kalau tahun lalu saya menyambut 1 Syawal di Unesco, kali ini saya berkesempatan menyambutnya di tanah air.
Namun demi melaksanakan amanah yang diperjuangkan nenek moyang kita, khususnya yang telah menjadi resolusi Perhimpunan Pemuda UMNO selama ini, pada 2 Oktober ini saya dan rombongan akan Unesco untuk bersidang sekali lagi.
Kali ini saya akan meneruskan resolusi kita itu dengan memfokuskan kepada isu-isu belia, keganasan dan Islam yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telah menjadi hal kritikal kepada kepentingan antarabangsa.
Akhir sekali, sempena Syawal yang mulia ini, perkukuhkanlah silaturahim sesama kita, sebagaimana kita mahu yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, demikianlah silaturahim kita eratkan demi kebaikan bersama di dalam parti, sesama warga yang menikmati keamanan dan kemakmuran Malaysia.
Selamat Hari Raya AidlfitriMaaf Zahir dan Batin.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Friday, September 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment