Saturday, September 6, 2008

Anwar oh Anwar...countdown berjalan

Tinggal 10 hari lagi sebelum 16 September menjelang tiba...masih belum ada perubahan kerajaan. Yang ada hanyalah khabar angin yang disebarkan melalui sms. Itukah sahaja yang Anwar dan pengikut fanatiknya mampu lakukan. Mengapa Anwar berdiam diri...jawablah......

Terbaru : Agong yakini BN – PM *Abdullah perjelas ura-ura pembangkang tubuh kerajaan 16 Sept. (Petikan Utusan Malaysia)

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, khabar angin mengenai pembentukan kerajaan oleh pakatan pembangkang pada 16 September itu ditimbulkan ketika beliau menghadap Seri Paduka baru-baru ini.

Menurut Abdullah, Tuanku Mizan menyatakan rasa gembira dan yakin dengan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan pentadbiran negara dan membaiki kualiti hidup rakyat pelbagai kaum.

Abdullah memberitahu, beliau menyembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kerajaan BN mempunyai tanggungjawab dan mendapat sokongan padu daripada rakyat untuk meneruskan agenda pembangunan negara.

“Tuanku gembira dengan apa yang kita lakukan, Seri Paduka ucapkan selamat berjaya,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas membentangkan Laporan Separuh Tahun 2008 Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.



Melalui berita ini maka boleh dirumuskan kemungkinan satu lagi alasan yang akan diberikan Anwar nanti.

"PR gagal bentuk kerajaan kerana BN menggunakan Agong untuk halang ia berlaku"

Whateverlah Anwar.....

No comments: