Wednesday, September 10, 2008

Jui Meng kembali



1)Tukar angin sikitlah...cita pasal politik MCA pulak. Bekas Menteri
Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tewas lawan Ong Ka Ting sebelum ini
ingin kembali.

2)Jui Meng secara rasmi mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden MCA
pada pemilihan pusat parti itu Oktober ini.

3)Cuma satu yang saya tidak gemar dengan Jui Meng, hari pertama dia buat
sidang akhabr nak bertanding Presiden, inilah yang dicakapkan :

"Pendirian saya ialah sebagaimana yang disebut Artikel 8, Perlembagaan
Persekutuan bahawa semua orang adalah sama taraf... saya bukan orang
suruhan kamu dan kamu bukannya tuan saya
".

4)Kamu bukannya tuan saya merujuk kepada istilah Ketuanan Melayu yang
diguna pakai selama ini.

5)Belum apa-apa dah mula main sentimen kaum. Iyelah, kalau dia nak menang
mesti kena dapatkan undi kaum Cina sepenuhnya kan....bila buat-buat
kenyataan seperti ini maka senanglah dia nak popular.

6)Niat cakap macam itu bukan apa... nak populariti sahaja sebenarnya.

No comments: