Thursday, September 25, 2008

Sekitar Mesyurat MT















Perhimpunan Agung UMNO, pemilihan MT ditangguh ke Mac 2009
26/09/2008 12:33pm
KUALA LUMPUR 26 Sep. – Perhimpunan Agung UMNO yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijadualkan Disember ini ditangguhkan sehingga Mac tahun depan.
Dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini, MT bagaimanapun menetapkan mesyuarat dan pemilihan bahagian-bahagian UMNO yang bermula pada 9 Oktober ini akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu bahawa pertandingan jawatan peringkat tertinggi UMNO pada Mac depan bergantung kepada keputusan mesyuarat bahagian-bahagian yang diadakan bulan depan.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan Mac depan, Abdullah berkata: “Terpulang kepada saya.”
Keputusan itu dibuat untuk melancarkan peralihan kuasa antara Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdullah akan umum keputusan pertahankan jawatan Presiden UMNO sebelum 9 Oktober
26/09/2008 12:55pm
KUALA LUMPUR 26 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu sebelum persidangan perwakilan bahagian bermula pada 9 Oktober ini.
Perdana Menteri bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.
- Bernama

Najib sifatkan penerusan pemilihan bahagian UMNO keputusan hormati pandangan akar umbi parti
26/09/2008 1:04pm
KUALA LUMPUR 26 Sept. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini berhubung penangguhan Perhimpunan Agung UMNO sehingga Mac tahun depan dan mengekalkan tarikh pemilihan bahagian-bahagian mulai 9 Oktober sebagai keputusan yang bijaksana.
Beliau memberitahu pemberita selepas mesyuarat MT UMNO di sini bahawa “ia dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi.”
- Utusan




No comments: