Lagi 9 hari sebelum 16 Sept tiba......Anwar masih penuh retorik.
Anwar masih belum temui masa yang sesuai lagi. Entah bila masa sesuai beliau itu agaknya? Huarrrrrrrrrrrrr..........
Anwar Masih Gagal Kata Siapa Atau Bilangan Anggota Parlimen BN Yang Akan Lompat
JAKARTA, 6 Sept (Bernama) - Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hari ini membawa impiannya untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia pada 16 Sept kepada media massa di Indonesia, masih gagal menyatakan siapa atau beberapa orang anggota Parlimen Barisan Nasional akan menyeberang ke pihaknya.
"Saya hanya akan menamakan mereka pada masa yang sesuai. Ini adalah persefahaman...perjanjian dengan teman-teman (para anggota parlimen itu)," katanya.
Walaupun ketika berkali-kali ditanya oleh media massa tempatan dan asing yang meliputi pertemuannya dengan Ikatan Cendikawan Muslim Indonesia (ICMI) di sini hari ini,
beliau enggan menyatakan siapa atau berapa bilangan anggota Parlimen BN yang sudah mengesahkan menyeberang ke pihaknya.
Anwar menjelaskan bahawa harapan beliau berjumpa dengan ICMI adalah kerana menganggap pertubuhan Islam di Indonesia penting baginya, seperti juga di Malaysia.Anwar, yang tetap yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan pada 16 Sept, mendakwa beliau tidak menghadapi sebarang masalah lagi untuk mencapai tujuan itu.
Sambil menegaskan bahawa media massa di Malaysia tidak bebas dan hanya melaporkan berita dari sudut pandangan kerajaan Barisan Nasional, Anwar berkata beliau dapat memberikan kepastian kepada media massa Indonesia dan asing bahawa 'penghijrahan wakil-wakil rakyat BN' akan terjadi 16 Sept ini walaupun di Malaysia dilapor tidak akan berlaku.
Mengulas lawatan yang dirancang untuk anggota-anggota Parlimen BN ke luar negera sehingga 16 Sept, beliau berkata, "Saya akan tangani hal ini bila pulang ke Kuala Lumpur petang ini".
Beliau masih mendakwa mendapat maklumbalas positif daripada anggota-anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak malahan juga dari Semenanjung Malaysia.-- BERNAMA
Saturday, September 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment