Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mohon maaf. Datuk Ahmad Ismail pula digantung keahlian 3 tahun. Rasa-rasanya sudah cukuplah tu kan...takkan nak lagi lepas ni, berapa banyak lagi yang UMNO kena buat?
Harap ini pengakhir kepada isu Ahmad Ismail.
Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO 3 tahun
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti kaum). - Utusan
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment