Monday, September 22, 2008

Hindari Jenayah












Jenayah berlaku di merta tempat tanpa mengenal sesiapa. Ia berlaku dengan pantas dan adakalanya nyawa menjadi pertaruhan. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini jenayah melibatkan pendatang terutama dari Indonesia juga agak ketara.Aktiviti meruntuhkan moral seperti pelacuran dan pembunuhan turut meningkat. Semua ini amat membimbangkan.
Bagiamanapun, kuasa untuk memperbaikai keadaan sebenarnya terletak dalam tangan kita. Jangan benarkan golongan penjenayah menguasai hidup seharian kita.
Selaku Pengerusi Pembelaan Masyarakat, saya ingin meminta kepada orang ramai agar mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memastikan jenayah tidak berleluasa.
Secara bersama, saya yakin banyak perubahan yang boleh kita jayakan.
Mungkin salah satu cara terbaik adalah dengan menyertai Rakan Cop. Ia satu program yang telah disusun cukup baik oleh polis untuk memastikan masyarakat turut sama memainkan peranan aktif dalam membantu membendung jenayah.
Maklumat berhubung aktiviti jenayah boleh disampaikan dengan mudah menggunakan telefon bimbit dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada talian 32728 (DAPAT), atau hotline 03-21159999.
Bagaimana Rakan Cop berfungsi? Ambil contoh situasi dalam satu kejadian ragut yang mana peragut melarikan diri menggunakan motosikal.
Apabila orang ramai atau ahli Rakan Cop melihat kejadian itu, mereka akan melaporkan terus kepada polis menerusi saluran Rakan Cop. Setelah laporan diterima dan disebarkan menerusi radio, puluhan ribu pengguna jalan raya dapat membantu mengesan dan memberi maklumat terkini lokasi motosikal tersebut berdasarkan nombor pendaftarannya.
KONSEP RAKAN COP*
Berorientasikan masyarakat menerusi perkongsian bijak.* Menggalakkan kerjasama dan pembabitan masyarakat daripada agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan, orang perseorangan bagi membantu polis memerangi jenayah dan masalah keselamatan dengan menyalurkan maklumat tepat dan pantas.* Memberi peluang orang ramai agar memainkan peranan aktif dan positif dalam menjaga keselamatan setempat, kurang bergantung kepada polis, sekali gus mewujudkan perasaan dan budaya tanggungjawab bersama antara kedua-dua belah pihak.* Tindak balas pantas polis akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan polis dan sekali gus kehadiran polis dapat dirasai.
MISI RAKAN COP*
Menjadikan Rakan Cop sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan antara polis dan orang ramai.* Memberikan didikan dan kesedaran sivik terhadap masyarakat tentang aspek-aspek pencegahan jenayah, masalah dadah, keselamatan lalu lintas dan lain-lain aspek keselamatan.* Menggalak dan membudayakan orang ramai supaya berani tampil ke depan untuk menyalurkan maklumat kepada polis agar tanggungjawab bersama dalam memerangi jenayah dapat direalisasikan.* Membantu menjayakan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tindak balas dalam tempoh lapan hingga 15 minit sebaik menerima maklumat mengenai kes jenayah.
SIAPA AHLI RAKAN COP*
Semua masyarakat adalah ahli Rakan Cop.* Caranya mudah. Cuma mendaftar secara rasmi sebagai Rakan Cop menggunakan telefon bimbit.Kaedah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti contoh dibawah: 1. (Jika di Kuala Lumpur) Taip POLISKL DAFTAR NAMA SAMARAN dan hantar ke 32728 (DAPAT).2. Anda akan diberi nombor pendaftaran RAKAN COP Malaysia sebaik selesai mendaftar 3. Cara menghantar maklumat melalui SMS untuk kes di Kuala Lumpur - Taip: POLISKL TAIP
MAKLUMAT dan hantar ke 32728 (DAPAT).* Sejak Rakan Cop diperkenalkan, indeks jenayah menurun daripada 24,571 pada 2003 kepada 21,241 (2004) dan 19,695 (2005).RAKAN COP KUALA LUMPURHotline 03-21159999 SMS: POLISKL 32728 Website: www.rakancop.net E- mel: rakancop@dapat.com

No comments: