Sunday, August 31, 2008

Pengalaman penulis blog setahun jagung...(atau sebulan jagung)

Setelah hampir lebih 2 bulan menulis blog ini, saya perasan satu perkara iaitu blog pro kerajaan memang agak sukar untuk menarik perhatian pembaca di alam maya.

Buat macam mana pun, ada sahaja yang tidak kena.

Namun saya tidak akan berputus asa. Saya lihat sekarang ini umpama satu trend iaitu blog perlu berbentuk membelasah kerajaan baru ia akan terkenal.

Walaupun mungkin blog saya ini tidak akan menjadi popular, tetapi saya yakin akan ada pembacanya juga, mungkin sedikit bilangannya.

Biarlah sedikit, tetapi saya akan tetap meneruskannya. Tidak mengapa.

Ini kerana blog ada kekuatannya yang tersendiri yang sukar untuk disingkap di tempat lain.

Antaranya ialah komen-komen yang terima kerap kali adalah secara langsung dari jiwa pembaca yang meluahkan terus apa yang mereka rasa dalam hati masing-masing.

Saya lihat tidak ada kaedah terbaik atau paling mudah lagi selain medium blog ini untuk mendapatkan maklum balas dari masyarakat.

Saya berjanji, apa jua yang anda komen terutama berkenaan diri saya, akan saya cuba jadikan teladan dan sempadan.

Cuma satu saya pohon, berilah saya peluang untuk menjadi insan dan pemimpin yang lebih baik.

Andai ada yang silap dalam tindakan saya di mata saudara-saudari semua selama ini, saya mohon kemaafan di bulan mulia ini.

Seperkara lagi, saya juga buat masa ini tidak akan mengambil pendirian seperti sesetengah penulis blog yang mempersoalkan isu-isu berkaitan agama atau kaum secara keterlaluan untuk popular.

Tetapi saya akan tetap mempertahankan kesucian agama dan bangsa saya.

Saya ingin memilih jalan tengah...

4 comments:

Anonymous said...

kalau nk pertahankan kesucian agama saya setuju...tapi saya nk tya datuk pasal kesucian bangsa..mana datuk bangsa melayu ni bangsa yang cuti?

Anonymous said...

i mean bangsa yang suci??sucikah melayu?

Anonymous said...

Macam mana nak layan blog pro kerajaan .. semuanya BOHONG ... sama seperti media arus perdana ...
semuanya hanya nak menceritakan 'kebaikan' kerajaan ... semuanya yang elok-elok belaka ... nak jaga hati PAK LAH la kononya ...

Anonymous said...

Teruskan Dtk....semua orang layak diberikan peluang kedua. Jangan pedulik orang yang banyak cakap