Sikap biadap sesetengah pihak dalam isu forum memeluk Islam anjuran Majlis Peguam memang agak nyata.
Kalau dibaca komen-komen dalam blog pro pembangkang seperti milik Lim Kit Siang umpamanya, bertalu-talu hentaman ke atas agama Islam dibuat.
Pemberi komen ini semua membelasah agama Islam pula dengan tidak semena-mena.Terutama selepas forum itu terpaksa dihabiskan awal hari ini.
Isu sebenarnya adalah berkaitan bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah di negara ini yang terkandung secara langsung dalam Perlembagaan persekutuan.
Isu-isu berkaitan agama Islam sememangnya jatuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan bukannya sivil.
Jadi, yang menjadi isu sekarang ini adalah yang bukan Islam tidak mahu terikat dengan sebarang hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Mereka juga mahu perkara seperti jika salah satu pasangan memeluk Islam, maka anak-anak mereka perlu kekal dalam agama asal dan tidak dibawa ke dalam agama Islam.
Apa sahaja pertikaian mereka mahu diselesaikan di mahkamah sivil kerana beranggapan mahkamah Syariah tidak akan berlaku adil ke atas diri mereka.
Intipati rasa tidak puas hati itu adalah berkaitan dengan Perlembagaan yang menjelaskan kedudukan dan kekuasaan Islam di negara ini.
Bukannya ada berkaitan dengan ajaran Islam.
Justeru, bila pemberi komen ini mula melepaskan geram pada agama Islam itu sendiri, maka itu tindakan yang salah.
Jangan cuba gambarkan ajaran Islam itu sebagai buruk dan tidak bertamadun.
Ajaran Islam sudah jelas dan nyata. Tiada sesiapa yang dipaksa memasuki agama itu.
Tetapi apa yang nyata, jika anda sudah memutuskan untuk memeluknya, maka anda tidak boleh meninggalkannya.
Justeru, fikir secara mendalam dan hayati ajarannya sebelum anda memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.
Kalau hendak menjawab, banyak yang boleh kita pertikaikan mengenai agama lain juga, tetapi tidak ada faedah untuk kita berbalah pasal agama.
Cuma satu peringatan, halakan rasa tidak puas hati anda pada perkara yang berkaitan Perlembagaan, bukannya ajaran Islam itu sendiri.
Ajaran Islam cukup sempurna, tidak ada apa yang salah padanya. Jangan menguji Orang Islam secara keterlaluan.....
Saturday, August 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
agama islam x pernah pengikutnya menutup mulut penganut agama lain...
sebelum dato post ni..dato tau ke ape yg forum tu bincang??saya rasa better dato pegi cek kat web site malaysian bar,jgn laa serang tanpa usul periksa..saya rasa UMNO yg byk hina agama kita...sampaikan melayu dan islam tu dh dipandang sebagai satu entiti...sebab tu laa non muslim takut dengan negara islam...sbb dh 51 tahun islam tu dipandg sebagai melayu...
Saya menyokong artikel Dato ini..ramai yg hari ini besar kepala..tetapi saya sedih kerana tidak ada wakil dari UMNO dan dato pada bantahan tersebut..Kepada melayudap, Rugila kalu Org Melayu menyokong DAP..tp komen dari melayudap ada benarnya. Sebagai contoh baju sekolah mmg seksi.. Dato blh ke sekolah dan tengok sendiri. terutama pelajar yg tidak menutup aurat. Bila ada org komen, apa respon ketua pemuda umno? Nescaya hal ini akan dipersoalkan ALLAH kelak. Bukan ingin menguji keikhlasan dato tetapi dato seharusnya melakukan sesuatu berkaitan hal ini. Malah dato yg mempunyai pengaruh dpt menyekat SISTER IN ISLAM yg mana artikel2nya terlalu mengunakan akal sehingga bercanggah dengan ajaran islam. HIDUP ISLAM
Post a Comment