Selaku Pengerusi Sekretariat Pembelaan Rakyat, saya melihat Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai sangat bertepatan dan memahami keperluan rakyat semasa.
Banyak penurunan yang berlaku kali ini. Sama ada secara langsung ke atas barang keperluan rakyat atau secara tidak langsung.
Hampir semua pihak mendapat faedah yang tidak berbelah-bagi lagi.
Diharap bajet seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan agar keyakinan rakyat kepada kerajaan sedia ada dapat dipertingkatkan lagi.
Selain itu, akan lebih indah lagi jika harga minyak dapat dikurangkan (berpandukan penurunan harga minyak dunia) dan harga tol juga disemak kembali.
Beberapa langkah tambahan lagi jika diambil dijangka akan memberikan lebih banyak kelegaan kepada rakyat.
Siapa kata kerajaan yang ada tidak mendengar kata-kata rakyat?
Saturday, August 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Memanglah prihatin, tapi kita nak tau sampai bila???? Takut takat 2009 aje kot...2010 takut jugak lupa lagi kat rakyat
Yup bajet ini mmg budget prihatin... Tetapi sampai bila kita hendak beri ikan? mengapa kita tidak memberi kail? kepada pembangkang yg suka memberi komen, mana solution anda? kalu setakat ckp blh buat ini n itu mana bukti yg jelas pelaksaan tersebut. setiap kali nak naikkan minyak pasti kerajaan akan berjanji memulihkan sistem pengangkutan awam.. tetapi sehingga kita masih belum ada perubahan..terima kasih terhadap bajet pengakutan..tetapi siapa yg mendapat untung? siapa disebalik rapid penang dan kl ini? fikir2 kan lah.. sampai bilapun kita tidak akan maju kalau perkara seperti ini berlaku
Datuk sama je mcm pemimoin umno yg lain ... kalau komen ucapan pak lah ... ayat berbunga-bunga .. point satu pun tarak ....
apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan bajet prihatin? saya sebagai rakyat malaysia tak terasa pun kesan dari bajet tersebut. Kami mahu harga barang keperluan harian yg murah, harga petrol yang murah, tol yang tidak membebankan, dan mcm2 lagi. Mampukah kerajaan sekarang berikan ini semua kepada kami?
Mmg harga telahpun diturunkan, dan mungkin akan diturunkan lagi, ttp adakah harga barang turut akan turun? Kerajaan hanya mampu pantau, tapi tak berani amil tindakan.
Tak tau la raya tahun ni mcm mana ... tiket bas naik ... harga barang mahal ... ntah apa lagi lepas ni tak tau la ...
Post a Comment