Akhirnya penduduk Permatang Pauh telah menentukan pilihan mereka....tetap dengan Anwar Ibrahim. Itu hak mereka dan ia sangat dihormati.
Inilah namanya demokrasi dan demokrasi diraikan dengan penuh gemilang di Permatang Pauh.
BN pastinya akan membuat post mortem atau bedah siasat berhubung kekalahan di Permatang Pauh tidak lama lagi.
Sebenarnya, kempen dan sasaran BN sudah amat tepat. Kerja keras berhari-hari sudah mula memperlihatkan tanda-tanda kejayaan dipenghujung kempen.
Keengganan Anwar bersumpah laknat telah membuka mata sebahagian besar penduduk di Permatang Pauh untuk menolak beliau. Di kala itu kejayaan BN juga hampir nyata.
Namun, Anwar tidak boleh diperkecilkan. Beliau yang terkenal dengan politik licik dan belit akhirnya berjaya menggunakan peluru terakhir untuk mengubah senario pilihan raya kecil itu.
Kehadiran Ramlang Porigi, iman Masjid Wilayah Persekutuan yang sebelum itu hadir dalam upacara angkat sumpah pembantu Anwar, Saiful Bukhari telah mengubah segala-galanya.
Biarlah Mufti Wilayah kata Ramlang tidak layak untuk mempersoalkan mengenai sumpah yang dibuat Saiful, namun orang kampung di Permatang Pauh nyata termakan kata-katanya.
Malah sebahagian penduduk menelan bulat-bulat kenyataan yang terbit dari mulut Ramlang.
Ramlang mungkin telah menjadi pemusnah BN di parlimen berkenaan.
Saya yakin kejayaan Anwar tidak mungkin sebesar yang berlaku semalam jika tidak kerana Ramlang. Hampir pasti majoriti beliau mungkin lebih rendah.
Namun, kehadiran Ramlang berlaku pada saat-saat akhir menyebabkan BN tidak sempat menjawab balik dengan sebaik mungkin apa yang dikatakan beliau.
Jadi, akhirnya Anwar yang mendapat untung daripada tindakannya untuk tidak melakukan sumpah.
Wednesday, August 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam ...
Memang ternyata DSAI sorang ahli politik yang hebat. Tidak perlu dinafikan lagi. Walau apa pun yang BN lemparkan, rakyat tidak akan percaya. Rakyat semakin matang. Rakyat tidak mudah ditipu.
PRK Permatang Pauh menunjukkan UMNO-BN sudah tidak lagi relavan. Hatta ahli UMNO sendiri tidak lagi mahu menyokong UMNO.
Jika UMNO mahu terus wujud, pastikan Perhimpuan Agung Disember ini digunakan untuk membersihkan UMNO dari golongan-golongan yang hanya pentingkan diri sendiri. Biarlah UMNO diterajui oleh pemimpin-pemimpin baru yang benar-benar ingin mempertahankan orang MELAYU (bukan MAMAK).
cuba dato tonton balik kenyataan ustaz ramlang kenapa diahadir di pentas PKR...namanya dah busuk walaupun dia hadir pd majlis sumpah saifool secara x sengaja...bukankah dh jadi tanggungjawab seseorg untuk membela dirinya..adakah UMNO akan menyediakan platform untuknya..pastinya tidak kerana semua ahli UMNO percaya dengan saifool..
mcm kata TDM..umno sebenarnya yg kalah...mengapa dato x tgk pada kenyataan ketua umno bahagia bukit bendera yg berbaur racist...masih nak menafikan UMNO tu racict?dan dato patut ajar anak2 buah dato yg kurg ajar tu supaya lebih beradab..dato sekarang dunia dah maju...setakat sekat malaysia-today byk lagi blog2 yg boleh kita baca...saya cabar dato siarkan aksi anak2 buah dato!!inilah masalahnya UMNo..dah salah x nak ngaku...tuduh org no 1...
Post a Comment