Hanya kerana satu kumpulan kecil yang hendak jadi jaguh kebebasan bersuara (Kebebasan bersuara satu belah sahaja), tidak bermakna keselamatan jutaan rakyat yang lain harus digadaikan.
Campak sahaja muka-muka atau individu yang merasakan atau perasan dirinya terlalu bijak sehingga menggangu keselamatan negara ke pusat tahanan ISA.
Bukan bertujuan untuk menakutkan, tetapi Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah saluran perundangan yang berbentuk pencegahan. Mencegah dari sesuatu keadaan menjadi buruk.
Jika digunakan mengikut keperluan dan adil, maka undang-undang seperti ISA sangat berguna sebenarnya.
Justeru, bila ada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang tidak faham bahasa dan menganjurkan perkara-perkara yang menganggu gugat keselamatan negara, apa lagi, gunalah ISA.
Gunakan tanpa was-was.
Monday, August 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya sangat bersetuju dengan pandangan datuk. Apakah peguam berada di atas undang-undang? Mengapa hendak risau, kalau mereka menimbulkan bahaya, gunakan undang-undang yang sama. Selagi menyokong ISA selagi mana ia digunakan dengan betul.
Post a Comment