Saturday, August 2, 2008

Anwar dan Liwat



Usaha Anwar untuk menolak kemungkinan berlakunya liwat nampaknya tidak menjadi.
Laporan perubatan yang kononnya diperoleh daripada Pusrawi nampaknya telah memerangkap beliau kembali.

Lihat ulasan seorang doktor dalam sebuah laman blog yang popular :





Apakah rumusan yang dikeluarkan oleh laporan perubatan PUSRAWI?

Mana-mana nota pesakit ataupun laporan perubatan jika kita masih mahu menganggap apa yang dikeluarkan RPK ini sebagai sebuah laporan perubatan, ia mestilah mempunyai rumusan ataupun konklusi.

Di dalam nota pesakit yang dikeluarkan oleh Pusrawi ini rumusannyaterletak di bahagian terakhir iaitu di ruang DIAGNOSIS.

Apa yang dimaksudkan oleh DIAGNOSIS?

Diagnosis merupakan apa yang difikirkan oleh doktor sebagai kebarangkalian yang paling layak untuk seseorang yang mendapatkan rawatan di sesebuah hospital atau klinik.
contohnya:

Seorang pesakit ke klinik dengan muntah-muntah dan cirit-birit, setelah di periksa dan dilakukan penyiasatan yang sepatutnya, Doktor mungkin akan mencapai konklusi, dan menulis di nota pesakitnya:
Diagnosis: Gastroenteritis

Begitu jugalah dengan doktor yang merawat dan memeriksa Saiful di PUSRAWI , beliau juga sudah tentu akan mencapai sesuatu konklusi setelah merawat dan memetiksa pesakitnya.

Mari kita lihat apa konklusi beliau di dalam nota pesakitnya mengenai Saiful:

Dalam laporan beliau di nota pesakit beliau setelah memeriksa Saiful, tertera : DIAGNOSIS: TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY, advised to go to hospital.

Apa yang dimaksudkan TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY?

TO RULE OUT di dalam bidang perubatan bermaksud: Kemungkinan berlaku tetapi perlu disahkan...


Bermakna konklusi doktor tersebut di dalam nota pesakitnya bermaksud:

KEMUNGKINAN SERANGAN/GANGUAN SEKSUAL-SODOMI, DINASIHATKAN ke HOSPITAL untuk PEMERIKSAAN dan RAWATAN LANJUT.

Disini tidak harus saya tekankan, tiada langsung di dalam KONKLUSI beliau yang mengatakan pada bila-bila masa, tiada SODOMI ke atas SAIFUL.

Pertanyaan saya , dimana RPK mendapat konklusi tersebut, sedangkan doktor tersebut tidak langsung membuat rumusan sedemikian rupa seperti yang dinayatakan oleh RPK?

Adakah RPK ambil sekerat-sekarat berdasarkan kepada keputusan pemeriksaan fizikal terhadap Saiful pada muka surat satu nota pesakit tersebut?

Mengapa RPK langsung tidak menyentuh KONKLUSI doktor tersebut di muka surat 2 nota pesakit tersebut.

Kerja ambil sesuatu sekerat-sekerat ini adalah kerja orang orang yang mahu mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat.

Disini dahulu penerangan saya mengenai laporan perubatan Saiful....selebihnya jika ada isu isu
berbangkit akan saya terangkan di dalam komentar-komentar seterusnya.

wassalam.

(Dipetik dari MYKMU NET---- RPK : Raja Petra Kamaruddin)

Selepas membaca ulasan di atas, nampaknya apa yang berlaku selepas itu memang masuk akal.

Harus diingat, laporan pertama melibatkan dakwaan liwat Anwar Ibrahim sebenarnya dibuat Saiful di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pukul 5.45 petang, 28 Jun lalu.

Kemudian baru laporan itu dirujuk ke Balai Polis Travers.

Mengikut cerita dari beberapa sumber, doktor yang merawat Saiful di HKL telah menasihatkannya untuk membuat laporan polis.


Kalau ini konspirasi kerajaan tentunya Saiful terus buat laporan di mana-mana
balai besar atau utama.

Maknanya, Saiful telah ke Pusrawi, doktor di situ menasihatkannya ke hospital kerajaan pula. Saiful pun pergi ke HKL. Saiful ke HKL empat jam selepas ke Pusrawi, pada hari yang sama.


Doktor yang melakukan pemeriksaan ke atas Saiful kemudian menasihat dia membuat laporan polis.

Semua ini memang masuk akal. Kalau benda ini konspirasi kerajaan, mengapa Saiful perlu pergi ke hospital swasta untuk mengesahkan apa yang tidak wujud. Sudah tentu dia perlu pergi ke HKL terus dan laporan perubatan pastinya menyabitkan dia diliwat.

Buat apa buang masa ke hospital swasta?

Dah tu sekarang penyokong Anwar nak kata apa pulak...laporan Pusrawi itu pulak sebenarnya palsu?

Kronologi mudah kejadian: Saiful ke Pusrawi --- Kemudian ke HKL -- Buat laporan di pondok polis HKL -- Laporan dirujuk ke balai polis Travers -- Kes kemudian rujuk ke IPD Brickfields.

1 comment:

Anonymous said...

YB, tulisan saya ini bkn utk menyokong anwar tetapi sebagai seorang islam. Adakah YB benar2 tahu yg anwar melakukan liwat?? Dan adakah penyokong2 anwar tahu saiful benar2 saiful tidak diliwat? Saya begitu takut kerana kita hari ini terlalu bermain politik sehingga mengenepikan ajaran islam. Saya begitu bimbang kerana mungkin kita menjadi salah seorang pembawa fitnah. Saya berharap tidak ada lg artikel-artikel yb yg bahaya seperti ini yg boleh menjerumus kita ke api neraka.. Byk lg perkara2 yg berkaitan masyarakat melayu dan islam yg harus difikirkan. Yb sendiri seharusnya memikirkan mengapa Yb kalah... Usaha yb utk memulihkan mat rempit bagaimana?Apakah usaha yb ini menghalalkan cara yg telah yg lakukan? Apa yg negara dpt dgn membawa mat rempit ini pergi utk membuat lompatan di luar negara? bukankah pembaziran yg akan dipersoalkan ALLAH kepada yb diakhirat kelak?