Wednesday, November 5, 2008

Lagak 'Ketua Banduan' Di Parlimen

(petikan: http://malaysia-instinct.com/english/)

Lagak 'Ketua Banduan' Di Parlimen



Rasanya ramai yang menyaksikan gelagat pembangkang sewaktu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan.

Kelmarin juga kawan sengaja berada di Parlimen bersama tiga rakan yang lain untuk menyaksikan adegan-adegan 'panas' yang akan berlaku.

Telahan kawan memang betul, banyak insiden menarik yang berlaku, tetapi yang paling kawan seronok tengok ialah gelagat ahli Parlimen yang tak tumpah macam 'banduan samseng' di penjara.

Kawan juga rasa, tindakan pembangkang yang mengacau Najib menggulung perbahasan tidak wajar berlaku dan hanya menggambarkan perangai buruk mereka yang bergelar Yang Berhormat.

Ada juga yang berlagak macam samseng, sampai bertekak dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Akibatnya, wakil rakyat Batu, Tian Chua diarah keluar dewan.Mari baca senarai insiden yang kawan sempat catat kelmarin.

Pertamanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata, pembangkang terpaksa menunggu selama dua mingggu untuk mendengar jawapan dari Najib. Kononnya, Najib penakut dan baru semalam berani tampil ke Parlimen.Adakah ini benar?

Sebenarnya, ini hanya menggambarkan betapa pelupa dan tidak cerdiknya pembangkang yang terlupa bahawa sejak dari dahulu lagi Kementerian Kewangan hanya menggulung selepas semua kementerian lain habis menggulung dan kerana itulah Najib hadir menggulung kelmarin.

Jika waktu menggulung ditetapkan sebaik sahaja ketua pembangkang selesai membahas Bajet 2009 dua minggu lalu, rasanya Najib sendiri tidak menjadi hal untuk tampil menjawab di Parlimen.

Cuma nanti pembangkang juga yang akan bising kerana ramai wakil mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian membahas.

Keduanya, wajarkah ahli Parlimen pembangkang keluar dewan macam orang buta berjalan beramai-ramai sambil memegang tali, kononnya Najib tidak memberi laluan untuk mereka mencelah.

Nak kata merajuk tak tepat pulak. Peliknya, bila Anwar panggil semua untuk keluar, boleh pula wakil rakyat dari tiga parti pembangkang berduyun-duyun keluar serentak, macam ketua banduan di penjara memanggil orang-orangnya berkumpul.

Bila dipanggil mesti akur tanpa boleh mempersoalkan arahan yang diberikan.

Sedangkan kawan perhatikan menerusi skrin televisyen di lobi Parlimen, Najib berulang kali mengatakan beliau akan bagi peluang seluas-luasnya kepada mana-mana ahli Parlimen untuk mencelah dan bertanya iaitu sebaik sahaja beliau selesai mengemukakan langkah-langkah untuk ransangkan ekonomi bernilai RM7 biliion dan beberapa perkara lain.

Beliau juga nampak sentiasa tenang, berbanding Anwar seperti orang yang panas punggung.

Nampak sangat perubahan Anwar, sampaikan kening terjungkit-jungkit lebih-lebih lagi selepas Najib mengatakan bajet alternatif yang dibentang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai cadangan yang hanya akan membawa negara ke lembah kehancuran ekonomi sebagaimana yang pernah dicadangkan pada tahun 1997 oleh Anwar.

Memang jelas bekas banduan tersebut melenting dengan ayat tersebut.

Lagipun, ketika itu Najib baru lagi berucap. Adakah wajar beliau diganggu berulang kali sedangkan Anwar selama hampir 6 jam berucap,tiada siapa yang mengganggunya.

Malah kebanyakan ahli Parlimen Barisan Nasional sempat melepak di luar dewan bagi memastikan Anwar dapat bercakap dengan sepuas-puasnya.

Ketika berucap, Anwar turut berulang kali mengatakan Najib terlibat dalam skandal itu dan ini, mengamalkan rasuah, mengecam pemimpin lain dan berbagai lagi gelagat yang diungkap berpuluh-puluh kali.

Tetapi apabila Najib baru menyentuh sedikit sahaja pasal dirinya, beliau terus melompat sambil menuduh berulang kali kononnya Najib angkuh.

Anwar turut mendakwa tindak tanduk Najib adalah berbeda dengan sikapnya ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Apa yang berlaku nyata sebaliknya. Jelas tiada riak wajah yang menunjukkan Ahli Parlimen Pekan itu angkuh.

Ini ditunjukkan melalui sikap baiknya yang membuka ruang kepada semua untuk mencelah dan bertanya. Peluang diberikan juga kepada pembangkang tetapi mereka enggan memasuki dewan.

Kawan percaya, mereka enggan memasuki dewan bukan kerana angkuh tetapi sebenarnya tidak tahu nak kata apa.

Maklumlah tidak banyak persediaan mereka buat. Balik-balik hanya bangkit soal peraturan mesyuarat sampaikan orang yang datang ke Parlimen sekarang sudah bosan dan muak dengan gelagat sebegitu.

Rakyat mengharapkan wakil pembangkang mereka dapat berhujah dengan bernas di samping boleh bekerjsama dengan kerajaan untuk memastikan ekonomi negara terus sihat dan kukuh.

Tetapi apa yang berlaku sekarang nampaknya amat berbeza dan pembangkang tidak lagi boleh disandarkan harapan untuk memberi kritikan membina.

Jelas sekali, kebanyakan apa yang dihujahkan dalam dewan pasal isu ekonomi lebih kepada cara budak sekolah hafal pelajaran ekonomi untuk jawab soalan peperiksaan.

Perlu diingat bahawa negara sedang bersiap sedia untuk berhadapan dengan krisis yang bukan kecil.

Tetapi melihat gelagat pembangkang, mereka seolah-olah masih hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Janganlah kerana soal remeh temeh kepentingan rakyat dicampakkan begitu sahaja.Sepatutnya, ruang yang diberikan oleh Najib semalam harus digunakan sebaik-baiknya oleh wakil rakyat pembangkang untuk mencelah atau bertanya dengan lebih lanjut seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali dan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional.

Untuk mengatakan Najib sengaja enggan menjawab segala pertanyaan pembangkang sewaktu membahas Bajet 2009, sebenarnya agak keterlaluan.Sewaktu di lobi Parlimen kawan sempat menyelak teks ucapan penggulungan oleh Najib.

Jelas di situ bahawa Najib memang mahu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh pembangkang semasa perbahasan sebelum itu.

Antaranya perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh, Bagan dan Ipoh Timur di samping yang dibangkitkan oleh wakil rakyat kerajaan.

Bagaimanapun, akibat banyak gangguan 'kurang cerdik' yang dibuat oleh pembangkang dan kesuntukan masa disebabkan masuknya waktu Maghrib, maka Najib telah memendekkan penggulungannya.

Sepatutnya, dalam tempoh 2 jam 30 minit yang ada, Najib turut membacakan ucapannya di paragraf 47 hingga 62.

Paragraf-paragraf tersebut telah tidak sempat dibaca oleh Najib akibat gangguan-gangguan yang ada.

Apapun, semalam kawan dapat menyaksikan dengan jelas siapa Anwar yang sebenarnya. Kawan lihat Anwar bukanlah seorang yang handal dalam bidang ekonomi kerana ternyata beliau dan barisan pembangkang sendiri tergamam dengan strategi Najib yang membentangkan pakej ransangan tersebut secara mengejut.

Nampak sangat, apa yang disebut dan diulas dalam Parlimen sebelum ini lebih kepada umpama burung kakak tua dan burung tiung mengulang kata-kata yang diajar tuannya.

Jika tidak, tentu seronok kita mendengar perdebatan yang boleh berlaku terutama jika benar statistik ekonomi berada di hujung jari wakil rakyat pembangkang.

Malangnya, itu semua tidak berlaku. Anwar sendiri, nyata mati kutu dan tidak tahu cara mana mahu mematahkan hujah Najib.

Agak pelik juga, Anwar sewaktu berucap selama 6 jam sebelum ini mahu menggambarkan dirinya sebagai perdana menteri dalam pembikinan dan seorang jeneral yang hebat di mata bala tenteranya.

Tetapi semalam, beliau tidak ubah seperti ahli politik yang kebingungan dan tidak tumpah juga seperti jeneral tua yang kalah perang.

Sebab itulah, sebelum menjadi lebih malu, beliau mengajak rakan-rakan yang lain keluar dewan sambil mendakwa Najib berbohong.

Nyata, Najib tidak berbohong dan kata-katanya bahawa bajet alternatif pembangkang merupakan satu cadangan yang hampas dan boleh membawa negara ke lembah kehancuran ekonomi memang benar.

Masuk akalkah, bagaimana sebuah bajet yang bersifat menguncup seperti dicadangkan Anwar dengan potongan sebanyak RM24 bilion daripada Bajet 2009 boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat?

Kawan rasa ekonomi negara boleh sakit jika mengambil pendekatan Anwar. Apapun, kawan lebih suka kalau rakyat sendiri yang menilainya.Mamak! Teh tarik satu. Buih kasi lebih sikit. - Teh Tarik Satu!

1 comment:

Anonymous said...

fuck Youu!!! bastard!