Thursday, November 6, 2008

Bahaya Melayu Liberal

(Petikan : http://malaysia-instinct.com/english/)

Jika diperhatikan dari dekat, maka kita akan melihat satu aliran baru pemikiran di kalangan segelintir masyaratkat Melayu negara ini yang semakin nyata terutama semenjak pilihan raya umum yang lalu.

Aliran pemikiran baru ini bukan sesuatu yang menguntungkan orang Melayu tetapi sebaliknya menghakis segala dinding penampang dan jaringan keselamatan sosial yang wujud melalui kontrak sosial selama ini.

Satu aliran yang membawa orang Melayu sendiri mempersoalkan keperluan konsep Ketuanan Melayu dipertahankan.

Apakah aliran pemikiran itu?Ia merujuk kepada pemikiran liberal yang ada dalam benak segelintir masyarakat Melayu terutama mereka yang duduk dalam kategori Melayu kaya dan berjaya dalam struktur sosial masyarakat kini.

Ia juga wujud di kalangan mereka yang kurang berjaya tetapi jumlahnya amat sedikit.Mungkin pertanyaan seterusnya ialah apakah itu pemikiran liberal sebenarnya.

Senang cakap, pemikiran liberal merujuk kepada pemikiran bahawa Melayu tidak perlukan bantuan dari kerajaan atau sebarang keistimewaan di negara ini.

Melayu boleh berjaya jika semua keistimewaan dialihkan dan mula bersaing dalam sistem pasaran terbuka.

Persaingan dikatakan akan menjadikan orang Melayu lebih hebat. Aliran seumpama itu selama ini wujud dalam pemikiran ahli politik bukan Melayu yang entah mengapa kini diserap masuk ke dalam jiwa sesetengah orang Melayu pula.

Seorang rakan Lebah Kota yang berbangsa Melayu yang memiliki pemikiran seakan sama berkata, beliau tidak bersetuju dengan polisi seperti Dasar Ekonomi Melayu (DEB) atau Dasar Ekonomi Nasional (DEN) kerana beliau tidak pun mendapat faedah yang banyak daripada perkara-perkara seperti itu.

Katanya, dia melihat dirinya terpinggir dalam sistem yang kononnya diwujudkan untuk membantu Melayu hidup senang. Di pihak lagi satu pula, mereka menolak perkara ini kerana kononnya mereka Melayu yang berjaya tanpa bantuan kerajaan, justeru Melayu lain juga tidak sepatutnya diberikan sebarang kelebihan.

Pada mereka ini, boleh berjaya kalau berusaha. Memang betul boleh berjaya kalau berusaha, itu Lebah Kota tidak nafikan. Sebelum menjelaskan mengapa aliran ini salah, ingin Lebah Kota menjelaskan dari mana agaknya aliran ini semakin meresap masuk ke dalam jiwa Melayu.

Lebah Kota melihat semua ini adalah hasil ideologi politik yang dibawa Brother Anwar Ibrahim yang berulang kali melaungkan kesamarataan untuk semua.

Kononnya beliau menjanjikan satu permulaan baru untuk negara ini. Dalam usahanya Anwar menanam idelogi politiknya, beliau secara tidak langsung telah turut menyemat pemikiran liberal dalam anak bangsanya sendirinya.

Hasilnya, sudah wujud kelompok Melayu yang melihat diri mereka sebagai tidak memerlukan payung kerajaan.

Namun persoalannya kini, adakah benar orang Melayu tidak memerlukan bantuan? Kalau hendak dijelaskan maka Lebah Kota mungkin terpaksa menulis sekali lagi statistik dan bahan-bahan sejarah yang memperlihatkan bagaimana orang Melayu perlu dibantu dan kandungan seumpma itu sudah pasti beratus kali dibaca oleh anda semua.

Tidak perlu rasanya berbuat demikian kerana kita pun sudah banyak kali mendengar perkara seperti bagaimana penjajah tidak pernah memberikan ruang kepada orang Melayu untuk berniaga, Melayu paling miskin di negara ini dan jika Melayu ketinggalan akan membawa ketidakstabilan dalam masyarakat dan boleh wujud huru-hara serta macam-macam lagi.

Apa pun, Lebah Kota lebih rungsing mengapa ada pihak yang mahu menolak keistimewaan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sepatutnya apa sahaja nilai tambah yang ada untuk membantu memajukan sesuatu kaum itu perlu dipertahannya oleh kaum berkenaan.

Mengapa hendak menolak kelebihan? Kita sepatutnya menolak kekurangan bukannya kelebihan yang ada.Dan bagi pihak-pihak yang merasakan diri mereka kononnya berjaya tanpa bantuan kerajaan, fikirkanlah balik.

Kalau anda itu hari ini contohnya seorang peguam yang sangat berjaya dan disegani tetapi asalnya anda lulusan Institut Teknologi Mara (ITM), baik buang sajalah pemikiran liberal yang ada dalam otak tu.

ITM sendiri dahulu sebelum berubah menjadi UiTM kerap disindir sebagai Institut Tolong Melayu, dan memang itulah peranannya.

Bagi yang berfikiran mereka berjaya tanpa bantuan kerajaan pula, duduk dan renung-renungkanlah apakah yang bapa, datuk atau moyang anda pernah terima sebelum anda boleh berjaya.

Pastinya ada banyak kelebihan yang membawa kepada kejayaan diri anda. Yang kononnya tidak mendapat faedah banyak pun silalah gunakan kaedah yang sama, kalau anda tidak dapat banyak cuba kumpulkan apa yang keluarga anda telah terima selama ini.

Apa pun, segala keistimewaan yang ada kini tetap perlu dipertahankan kerana sebahagian besar Melayu masih memerlukannya. Jangan pula sekolompok kecil Melayu yang berjaya ini cuba menjadi jaguh dengan berusaha mengalihkan kelebihan yang menjadi hak sebahagian besar yang lain.

Kalau anda rasa diri anda hebat dan tidak perlukan keistimewaan, jadi duduklah diam-diam dan jangan kacau orang lain. Aliran pemikiran Melayu liberal ini amat perlu disekat.

Sikap bangga diri segelintir kecil mereka ini boleh merosakkan kesenangan bangsa mereka sendiri kelak.

Tak guna mahu menjadi hero tetapi setiap hari masih ada orang Melayu yang makan hanya sekali sehari.Percayalah, orang yang mahu menghapuskan kelebihan pada bangsa Melayu ini hanya akan melihat dan tidak akan berbuat apa-apapun jika ada Melayu menjadi pelacur kerana kemiskinan, Melayu bunuh bayi kerana terlanjur dan Melayu merompak kerana kekurangan wang.

Akhir kata, fikirlah sendiri!

11 comments:

anakpakcu said...

Salam dato! aku tengok engkau nie dalam membela bangsa melayu nampak ok tapi apasal musuh-musuh engkau dalam UMNO khususnya dalam Umno Bahagian Baling tak boleh berkawan khususnya musuh engkau bernama Mohd Taufik Haji Yaacob tu! Tolong jawab kalau nak jadi pembela melayu. Satu lagi apasal ngko marah sangat kat Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Aku rasa ngko seorang oppurtunitist, kalau Mukhriz menantu paklah mesti ngko pakat ngan mukhriz kann. Ngko boleh naik pasal orang Baling yang bengong tu boleh dibeli dengan duit. Jawab dengan rasional dato. Pemimpim yang cemerlang ialah pemimpim yang boleh bersahabat dengan musuhnya bukannya pemimpin yang bersahabat dengan kawan-kawannya.

anakpakcu said...

Aku rasa yang dok sebelah ngko dalam Umno bahagian Baling bukannya penolong ngko tapi musuh-musuh ngko, tak caya InsyaAllah ngko dok bawah suatu hari nanti jika ditakdirkan, ngko nampaklaa sapa yang nak datang dekat dengan ngko.

anakpakcu said...

Masa dulu Taufik begitu rapat dengan KJ, ngko datang ngko potong q tak bagi salam pasal tu dia marah, lagipun aku bukan nak puji ngko atas survival politik ngko, ngko kena kawan dengan KJ ngan Reezal. Satu lagi aku nak bagitau ngko kalau ngko dah tahu tak ape, taufik dulu kan pernah pegang AJK biro putera umno malaysia sebelum ngko tubuhkan putera Umno apasal ngko tak ajak dia sekali.

anakpakcu said...

Ngko nie memula datang Baling aku nampak baik arwah tok non yang bawak tapi la nie aku nampak ngko macam pemimpin umno yang lain, main duit banyak-banyak, ngko tak takut ker dipersoalkan di hadapan Allah Taala di akhirat nanti?

anakpakcu said...

Satu lagi bukannya aku nak puji walaupun ngko tak suka aku, dalam menolong gadis melayu/cina/india dibawa lari ke negara asing aku bagi tripple "thumb up". tapi ngko kena pastikan orang miskin kat Baling terbela dulu, jangan ngko terlalu percayakan tuan-tuan penasihat yang ada dikeliling ngko. Nhko ingat tak macamana ngko kalah kat ustaz taib dalam pru yang lepas. Sapa bawa lari duit ngko, banyak yang berpura-pura, lepas tu cakap bohong kat ngko. Aku tengok ngko betul-betul kesian tapi apa nak buat itulah politik umno yang haprak lagi busuk. Tapi aku ingatkan kalau KJ naik ngko teruskan agenda perancangan ngko yang ada, tapi kalau Mukhriz naik ngko kena ubah strategi plan ngko pasal aku tengok ngko banyak kutuk Mukhriz dalam media. Slow sikit laarr kata Dato Hisham, salam

anakpakcu said...

Macamana putera umno kat Baling? Ariff buat kerja tak? Mengapa Umno boleh terlepas banyak negeri kat PR. Macamana perancangan ngko dalam menghadapi PRU13 2012 nanti. Aku tengok 2 juta pengundi baru dalam spr 99% pengundi pkr. Macamana ngko nak atasi masalah ini. Takkan dok saja gitu. Apasal tak kerahkan jentera ngko masuk kampung daftar ngundi orang-orang muda? Jangan terlalai menolong orang sampai tempat sendiri banyak terabai. "activex@yahoo.com.my". Salam

anakpakcu said...

Lagi satu aku dengan banyak orang Umno hari nie nak lari ke PR contohnya macam adun bota hari nie...lagi satu aku dengar dalam PRU13 akan datang banyak orang Umno nak jadi calon bebas...

anakpakcu said...

Satu lagi dato' apasal ngko marah sangat kat dato' mashitah, pasal kak piah dengan dia ker. Orang baling macam tu larr, terutamanya kontraktor kelas f pembodek ngko....dia orang nie kan boleh percaya sangat...ngko dah kena banyak kali mesti ngko banyak pengalaman. satu lagi pasal topik tu, dia tu sebenarnya tak pandai jaga kawan, pasal tu larr dia jadi macam tu, ngko nak tahu lagi ngko tanyalah si khairul tu....dia lebih arif. salam

anakpakcu said...

Salam, hari nie banyak anak muda melayu tawar hati dengan umno atas sikap pemimpin umno yang rasuah....jadi ngko mesti kena buat perubahan....kalau tak pru13 nanti ngko/umno/bn akan jadi pembangkang.....tak caya tengoklah nanti dan masa tu baru nak menyalahkan antara satu sama lain. InsyaAllah. Salam

anakpakcu said...

A'kum Dato! Aku nak merujuk kat artikel ngko nie "Tak guna mahu menjadi hero tetapi setiap hari masih ada orang Melayu yang makan hanya sekali sehari.Percayalah, orang yang mahu menghapuskan kelebihan pada bangsa Melayu ini hanya akan melihat dan tidak akan berbuat apa-apapun jika ada Melayu menjadi pelacur kerana kemiskinan, Melayu bunuh bayi kerana terlanjur dan Melayu merompak kerana kekurangan wang.

Akhir kata, fikirlah sendiri! Masalahnya melayu kat tempat ngko ada yang masih makan nasik dengan garam dan bila ngko nak jenguk dan di bawah mansor orang kuat ngko pulak tu. Tolong-tolonglah tengok dan ikhlas dalam membantu. kat sini http://kakchah7.blogspot.com. salam

anakpakcu said...

salam dato! satu lagi...blog ngko nie updatelah hari-hari...ngko tahu tak semua pembaca terutamanya golongan muda tak kira dari bn ataupun pr semuanya dapat maklumat dari blog....updatelah selalu...ngko tak paya pakai lappy...ngko boleh update direct melalui mobile phone ngko....salam