Artis wanita popular, Abby Abadi gagal memfailkan perceraian ke atas suaminya, aktor, Norman Hakim kerana dokumen perceraian yang dikemukakan artis itu tidak lengkap.
Abby yang hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat Hulu Kelang berkata, dia akan berusaha menghubungi Norman untuk memberi kerjasama bagi menyelesaikan permohonan perceraiannya itu.
Abby, 29, yang sebelum ini popular menerusi watak Inspektor Aleza dalam drama Gerak Khas dan Norman, 32, yang turut mencipta nama menerusi drama yang sama dengan memegang watak Inspektor Haris,dikatakan sedang menghadapi konflik rumah tangga.
Pasangan itu mempunyai tiga cahaya mata, Mohd. Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 2, dan Maria Danisha Hakim yang lahir pada 17 September lalu.
Lebih menambahkan kekalutan terhadap masalah rumah tangga mereka, pada 30 Oktober lalu Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah didakwa berkhalwat dengan pelakon Memey Suhaiza, 20, di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang.
Serbuan itu dilakukan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat maklumat bahawa kedua-dua pasangan itu berada dalam keadaan meragukan.
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment