Selepas tiga tahun mendekati Mat Rempit saya mengakui agak sukar untuk meneruskan program seperti ini berikutan sikap kebanyakan mereka yang enggan berubah,selain kerenah birokrasi yang terpaksa dihadapi.
Saya tidak kata saya berputus asa sebaliknya akan teruskan usaha mendekati mat rempit namun kali ini Putera hanya mensasarkan kepada mereka yang mahu berubah sahaja.
Kita mahu baut yang terbaik seupaya mereka kembali ke pangkal jalan tetapi ia semakin sukar dengan pelbagai prosedur ketat terpaksa dipatuhi hanya untuk menganjurkan program bersama mereka.
Saya dan Putera Umno akan tetap mendekati mat rempit tetapi kami akan tumpukan kepada mereka yang benar-benar mahu berubah supaya usaha ini tidak sia-sia.
Saya sedar selama ini ada pihak yang memandang sinis komitmen Putera untuk mendekati mat rempit sehingga ada yang mengatakan setiap program yang dianjurkan sebagai membazir dan sia-sia sahaja.
Malah saya dikritik melalui program Ekspedisi Terjun Kutub Utara dan berenang merentasi Selat Melaka. Saya jadi tidak faham dengan ‘perangai’ orang kita sedangkan kedua-dua ekspidisi itu mendapat pengiktirafan badan antarabangsa.
Apapun, Putera Umno tidak pernah berputus asa dalam usaha mendekati golongan mat rempit.
Disamping itu Putera akan memberi tumpuan yang lebih kepada program berbentuk ilmiah seperti Skim Peluang Kedua.
Melalui Skim Peluang Kedua, ia memberi peluang pendidikan kedua kepada remaja yang berumur antara 18 hingga 25 tahun. Putera Umno telah bekerjasama dengan Giat Mara untuk melatih remaja mencari kemahiran yang boleh digunakan untuk masa depan mereka.
Saya bersama Putera Umno mensasarkan 1,000 remaja disetiap negeri untuk mengikuti program kemahiran yang dapat meningkatkan pendapatan mereka serta mengurangkan gejala sosial.

1 comment:
Tahniah Dato' atas usaha membawa Mat Rempit ke jalan yang benar. Biarpun dikritik kerna dianggap tidak efektik namun tidak mendatangkan sebarang kerugian sebaliknya sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada Mat2 Rempit.Setiap manusia itu memang berhak mendapat peluang kedua untuk berubah. T.Q
Post a Comment