Monday, November 10, 2008

Implikasi kahwin lari


Saya secara peribadi 'letih' dengan karenah anak muda kita yang terlalu cepat membuat keputusan sendiri khususnya bila terlibat dalam cinta terlarang

Sedarkah mereka, jika tersalah langkah, ia hanya akan menjadi sejarah hitam, merosakkan nama, reputasi dan menjadi sebutan hingga ke anak cucu.

Yang paling merisaukan saya adalah persoalan sah atau tidaknya perkahwinan seperti wali hakim dan wali mujbir selain keengganan suami mendaftarkan perkahwinan bagi mengelak tanggungjawab terhadap isteri.

Perkahwinan tidak didaftar mendatangkan masalah kerana isteri tidak boleh menuntut hak seperti mutaah, nafkah edah, nafkah anak serta tidak boleh ke sekolah kerana tiada sijil kelahiran.

Tapi apa boleh buat. Kerana cinta, mata pun buta. Kerana cinta, sanggup tinggalkan keluarga. Kerana cinta, rela diri merana.

Justeru kalau terjadi musibah, tanggunglah sendiri. Ketika itu semuanya sudah terlambat, semua sudah tidak lagi membawa apa-apa erti.

Ibarat kata pepatah, nasi sudah pun menjadi bubur.

Ketika itu cinta dan sayang yang dilafazkan sebelum ini hanya layak dihumbankan ke Laut China Selatan!

No comments: