Friday, October 31, 2008

Anwar hilang...



(petikan: http://malaysia-instinct.com/english/)


Berlalu 16 September: Runtuhnya Mitos Keunggulan Politik Anwar


Lama sudah berakhir tarikh 16 September yang dicanang selama beberapa bulan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru di negara ini.

Berlalu sepi tanpa sebarang perubahan kerajaan dan kini, Anwar sendiri seperti sudah tidak wujud lagi.

Tidak ada lagi berita-berita mengenai beliau di dada akhbar atau mana-mana media lain kecuali yang diterbitkan oleh pembangkang.

Malah, di kalangan blogers pun seumpama tidak begitu ghairah lagi untuk mengulas apa-apa isu berkaitan beliau.

Ketika Barisan Nasional (BN) mencatatkan sejarah menerima mandat terkecil (berlawan dengan mandat terbesar sebelum ini) dalam Pilihanra Raya Umum ke-12, maka wujud cakap-cakap bahawa kehandalan Anwar adalah antara sebab kepada kejayaan itu.

‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ dilihat sebagai aspirasi agung yang secara tidak disedari telah bersemi dalam jiwa rakyat, kononnyalah.

Dan kononnya juga apa yang dibawa Anwar itu begitu meyakinkan sehingga ramai yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri yang baru.

Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) diikuti pula dengan kenyataan Anwar dengan penuh yakin dan angkuh bahawa beliau akan membentuk kerajaan baru pada 16 September begitu mendebarkan banyak pihak.

Maka, bermulalah episod nafi menafi lompat parti terutama di kalangan ahli politik Sabah sehingga ada yang menandatangani akujanji untuk tidak berbuat demikian.

Debaran begitu dirasakan ketika itu dan Anwar umpama di puncak persada politik negara.

"Hebat Anwar ni" itulah antara ungkapan yang disebutkan banyak pihak, peminat dan lawan politik beliau.

Tetapi, kemudian tibalah tarikh yang beliau janjikan itu... tiada apa yang berlaku.

Muncul pula tarikh baru...pun tidak ada apa-apa yang berlaku.

Alasan demi alasan diberikan Anwar untuk mententeramkan keadaan dan namanya sebagai ahli politik yang dilihat sangat bijak dan licik.

Tiada satu pun yang benar-benar kukuh dan dapat diterima akal.

Akhirnya pelamin angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri nyata musnah.

Apabila pelan peralihan kuasa dalam UMNO dipercepatkan dan bahagian-bahagian UMNO secara berterusan mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan Presiden UMNO, maka angin perubahan dalam parti itu mula bertiup dengan begitu lembut dan nyaman sekali.

Kekuatan UMNO mula kembali dan dapat dirasakan dengan begitu ketara sekali.

Impak dari perubahan yang dipercepatkan itu adalah UMNO kembali releven dan ini sekali gus memusnahkan terus saki baki peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pintu belakang, yakni pintu yang dikatakan memang sinonim dengan beliau.

Akhir sekali, terbukti benarlah kata-kata bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa rakyat bukan memilih pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi mereka marah dengan BN.

Cuma apa yang berlaku dalam pilihan raya umum itu memang tidak pernah diduga dan Anwar Ibrahim serta penyokongnya menangguk di air keruh dengan mewujudkan andaian ia berlaku disebabkan kehebatan Anwar.

Kini terbukti, ia bukan disebabkan Anwar.

Ia disebabkan oleh perasaan marah rakyat kepada kepimpinan tertinggi UMNO dan BN yang ada sekarang....tidak lain dan tidak bukan.

Disebabkan itu, mitos keunggulan politik Anwar runtuh dan ranap selepas 16 September apabila beliau gagal meneruskan lakonan sebagai ahli politik terhebat dan tersohor di negara ini.

Realiti pilihan raya umum Mac lalu sudah nyata. Kejatuhan BN bukan sama sekali disebabkan oleh faktor Anwar.

Justeru...Selamat Tinggal Anwar.

Thursday, October 30, 2008

Di mana pelajar-pelajar ini?

Misteri 7 pelajar hilang di Australia

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO bimbang serta bingung apabila menerima aduan mengenai kehilangan tujuh pelajar Malaysia termasuk tiga orang dari sebuah universiti yang sama di Australia Barat dalam tempoh empat bulan lalu.

(Petikan Utusan Malaysia)


Sememangnya satu misteri yang amat sangat bagi diri saya apabila sehingga 7 pelajar Malaysia menghilangkan diri dalam masa 4 bulan di Australia.

Perkara yang saya tahu ialah kebanyakkan mereka adalah pelajar perempuan.

Di mana mereka ini sekarang? Adakah mereka dijerat cinta oleh lelaki-lekai kulit putih dan diminta menukar agama?

Kemungkinan seumpama itu tidak boleh saya ketepikan sama sekali.

Kita semua tahu memang ada sindiket di dunia yang menjerat remaja Islam terutama yang pandai dalam pelajaran agar terpesong kepada agama lain.

Umpan yang digunakan adalah wanita yang cantik dan lelaki yang kacak.
Dalam erti kata lain, jeratnya adalah jerat percintaan.

Wanita cantik mengoda pelajar lelaki dan lelaki kacak pula menggoda pelajar wanita. Namun syaratnya ialah perlu menukar agama kepada agama yang tidak perlu saya sebutkan.

Namun, ingin saya jelaskan, tidak semestinya apa yang saya tuliskan ini yang berlaku, ini hanya satu daripada puluhan mungkin ratusan kemungkinan terhadap kehilangan secara misteri pelajar-pelajar ini.

Ke mana mereka... adakah juga kemungkinan mereka telah ditawarkan kerja yang baik sehingga mereka tidak berminat lagi untuk menyambung pelajaran.

Jika ini benar, maka amat sayang sekali jika pelajar-pelajar ini yang rata-rata adalah pelajar cemerlang boleh memilih kerja di negara asing berbanding tempatan.

Saya yakin, mereka ini yang mendapat tajaan biasiswa dari GLC pastinya akan mendapat kerja bergaji lumayan di negara ini apabila pulang kelak.

Di negara mereka menumpang untuk belajar pula sekadar berkerja sebagai tukang cuci semata-mata, adakah ia berbaloi?

Apa pun, misi saya sekarang hanya satu, saya perlu mencari mereka-mereka ini kembali. Masa depan dan harapan banyak keluarga bergantung kepada mereka.

Mencari mereka adalah amanah yang perlu saya pikul.

Saya berdoa Allah SWT akan membantu saya usaha ini. Amin

Kes Bunuh Altantuya

Kes Bunuh Altantuya: Abdul Razak Bebas, Azilah Dan Sirul Azhar Diperintah Bela Diri

SHAH ALAM, 31 Okt (Bernama) -- Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap tuduhan itu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin yang membuat keputusan itu berkata beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.Mahkamah menetapkan 10 Nov ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri.

Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di sini antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Okt dan 9.45 malam 19 Okt tahun 2006.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati.Altantuya, ibu kepada dua anak lelaki masing-masing berusia 4 tahun dan 10 tahun, mendapat latihan sebagai guru dan penterjemah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Rusia di National University of Mongolia.

Mayatnya dilupus dengan cara diletupkan dengan bahan letupan. Cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.

Kes sensasi itu mendapat liputan meluas kerana Altantuya dilaporkan datang ke Malaysia untuk mencari Abdul Razak yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.

Mahkamah telah mengambil masa selama 151 hari bermula 4 Jun tahun lepas untuk mendengar keterangan daripada 84 saksi pendakwaan sebelum menangguhkan keputusan itu sehingga hari ini selepas kes pendakwaan ditutup pada 23 Jun lepas.

Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar, Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican and Ahmad Zaidi Zainal manakala Abdul Razak diwakili peguam Wong Kian Kheong.

Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid.Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh adalah peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.-- BERNAMA

Misteri 7 pelajar

Misteri 7 pelajar hilang di Australia

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO bimbang serta bingung apabila menerima aduan mengenai kehilangan tujuh pelajar Malaysia termasuk tiga orang dari sebuah universiti yang sama di Australia Barat dalam tempoh empat bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau bimbang jika wujud penglibatan mana-mana sindiket termasuk berkaitan keagamaan yang mungkin menyembunyikan pelajar-pelajar itu.

Beliau berkata, siasatan pihaknya setakat ini bagaimanapun belum menemui sebarang persamaan antara kesemua pelajar cemerlang itu melainkan kebanyakan mereka berasal dari Selangor.

Abdul Azeez berkata, bagi mendapatkan gambaran sebenar, pihaknya akan menghantar pasukan ke Australia bersama ibu bapa pelajar terbabit tidak lama lagi bagi menyiasat punca sebenar kes-kes kehilangan itu.

“Di sebuah universiti tersebut sahaja sudah tiga kes dan ada empat lagi kes di beberapa universiti lain.

“Kehilangan ini kita terima sebagai sahih apabila ibu bapa pelajar terbabit tampil membuat aduan kepada pihak sekretariat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Azeez menambah, pihaknya mula menerima aduan daripada ibu bapa pelajar-pelajar terbabit sejak permulaan Ramadan lalu.

Katanya, sebahagian kes telah pun dirujuk kepada pihak Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan Wisma Putra serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Beliau berkata, ketika ini kebanyakan maklumat berhubung pelajar-pelajar yang hilang itu diperoleh melalui persatuan pelajar universiti yang terbabit.

“Kita mungkin memerlukan bantuan daripada banyak pihak lain termasuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengesan semua pelajar yang hilang ini,” katanya.

Dalam pada itu, ibu bapa salah seorang pelajar yang hilang, Norzarifah Kamaruzzaman turut berada pada sidang akhbar yang sama.

Ibunya, Noraini Daud berkata, anaknya, Norzarifah terputus hubungan terus dengannya sejak 6 Oktober lalu.

Dia berkata, sebelum itu anaknya dapat dihubungi melalui telefon atau e-mel tetapi sejak tarikh berkenaan, sudah tiada ada saluran komunikasi untuk mengetahui di mana anaknya berada secara tepat.

Katanya, maklumat terakhir yang ada pada dirinya ialah anaknya itu telah mengikuti seorang lelaki bersama ibunya berpindah ke sebuah kampung kecil dinamakan Rockhampton, kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kereta dari bandar Perth.

Tindakan anaknya berpindah dengan lelaki itu katanya, berlaku selepas Norzarifah keluar dari hospital di Perth selepas disyaki menelan hampir 50 biji Panadol.

“Punca anak saya bertindak begitu tidak saya ketahui, maklumat mengenai tindakannya itu kami tahu apabila Norzarifah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya pada 17 September lalu.

SMS itu seperti yang terkandung dalam laporan polis pada 23 September ialah:

“Kak, jangan bagi mak nangis, Ipah baru keluar hospital semalam dari hari Sabtu malam, overdose. Jangan bagi tahu mak, Ipah tak tahu nak buat macam mana lagi, Ipah ambil 50 biji Panadol.
“Jangan bagi tahu emak. Aku nak mati kak, jangan bagi tahu mak, tolonglah kak.”

Noraini berkata, anaknya mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang geologi dan hanya tinggal empat bulan atau satu semester sebelum pengajiannya berakhir.

“Saya dapat tahu dia sudah tidak menghadiri kuliah sejak dari empat bulan yang lalu iaitu dari Ogos,” katanya.

Dia memberitahu, Norzarifah adalah anak kedua daripada lima beradik dan memulakan pengajian di Australia sejak tahun lalu.

Menurut Noraini, anaknya mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keputusannya di universiti terbabit juga baik sebelum ini.

Wednesday, October 29, 2008

Pelakon Gerak Khas ditangkap khalwat


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang,Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

“Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.



*** Rasanya kita semua tahu siapa pelakon ini......dulu pernah kecoh sekali dia hendak bercerai. Lepas kes FMI di Kuantan

Monday, October 27, 2008

Fadilah Pulang


gambar Bernama dipetik dari Utusan Online

NUSA TENGGARA BARAT (Mataram) 27 Okt. - Noor Fadilah Ahmad, 18, yang dilarikan ke sini oleh pemuda berasal dari Lombok Timur sejak dua bulan lepas akan dibawa pulang ke tanah air, esok.

Jabatan Imigresen Daerah Mataram mengesahkan Noor Fadilah, yang berkahwin dengan Nasrudin Dahrom, 24, dibenar pulang ke Malaysia tanpa dikenakan hukuman penjara kerana memasuki Lombok secara haram sejak 6 September lalu.

Keputusan itu dicapai hasil rundingan hampir dua jam antara Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO dan Jabatan Imigresen Daerah Mataram dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di pejabat Imigresen Daerah Mataram di sini tengah hari ini.

Rundingan itu diadakan antara Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO dan Ketua Seksyen Pengawasan dan Tindakan Imigresen Daerah Mataram, M. Adnan.

Turut serta dalam rundingan itu ialah Kaunselor (Konsular, Imigresen dan Sumber Manusia) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Mohd. Zahari Hassan dan Setiausaha Sekretariat, Datuk Muhd. Khairun Aseh yang juga seorang peguam.

"Perkara itu berjaya diselesaikan dalam semangat setiakawan Malaysia dan Indonesia," kata Abdul Azeez yang mengetuai misi membawa pulang Noor Fadilah selepas kes itu mendapat perhatian umum sejak 24 September lepas.

Mengikut undang-undang Jabatan Imigresen Indonesia, individu yang masuk secara tidak sah ke negara itu boleh dikenakan hukuman penjara enam tahun atau denda tiga juta rupiah.

"Saya optimis Noor Fadilah akan dipertemukan dengan ibu bapanya di sini esok," kata Abdul Azeez yang mengetuai misi membawa pulang Noor Fadilah.

Turut serta ialah ibu bapa Noor Fadilah, Ahmad Abdul Hamid, 46, dan Masitah Abdullah, 42.

Noor Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedung, Bagan Serai, Perak dibawa lari Nasrudin ke Lombok pada September lepas.

Perbuatan itu tanpa keizinan ibu bapa Noor Fadilah yang tidak merestui hubungan cinta pasangan tersebut.

Ahmad ketika ditemui pemberita berkata: "Tak sabar nak jumpa selepas hampir dua bulan berpisah. Saya amat berterima kasih kepada Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO yang amat prihatin. Saya terhutang budi kepada UMNO.''

Sunday, October 26, 2008

Mahukah Hindraf Mohon Maaf di rumah terbuka Deepavali

Esok hari Deepavali...pesta cahaya bagi meraikan kemenangan kebaikkan menentang kejahatan.

Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan yang beragama Hindu.

Bagaimanapun satu perkara yang bermain di fikiran saya, jika semasa sambutan rumah terbuka hari raya baru-baru ini Hindraf menyerbu sambutan itu kononnya bagi bermaaf-maafan (walaupun hakikatnya mereka telah menunjukan sikap kurang ajar yang melampau)...apakah esok ketika sambutan Deepavali di PWTC juga, kumpulan itu akan berbuat benda yang sama?

Atau sambutan esok amat bermakna untuk mereka dan perlu dijaga kesuciannya?

Apakah ada kemungkinan ada kumpulan lain pula yang datang menyerbu untuk menyampaikan sesuatu memorandum? Apa perasaan ahli-ahli Hindraf ketika itu agaknya?

Pada saya esok adalah hari yang saya nantikan... Sikap dan tembelang Hindraf pasti akan terbongkar .... kalau mereka tidak muncul pun ada yang salah dan kalau muncul pun mereka akan kena...............................

Selamat Hari Deepavali untuk rakan-rakan yang mendokong aspirasi negara ini dengan setulus hati.

Saturday, October 25, 2008

Ke Lombok Isnin ini

Hari Isnin ini (esok) saya akan bersama hampir 10 orang termasuk Encik Ahmad Abdul Hamid dan isteri akan berlepas ke Lombok, Indonesia dalam usaha untuk membawa balik anak gadis mereka, Noor Fadilah Ahmad.

Rasanya ada diantara kita yang tahu mengenai perkara ini ada yang tidak.

Mak bapak gadis ini mendakwa anak dara mereka itu dilarikan seorang lelaki bernama Nasrudin.

Apa hakikat kita tidak tahu tetapi dalam niat menolong, saya akan ke Lombok dalam usaha untuk menunaikan janji saya.

Walaupun agak sibuk dengan pemilihan UMNO tetapi janji adalah janji. Wajib untuk saya penuhi.

Justeru, Isnin ini saya bersama ahli-ahli sekretariat dan peguam akan berlepas menuju ke Lombok.

Kita menjangkakan bantuan daripada pihak polis dan imigresen Indonesia dalam hal ini. Pihak keduataan kita juga akan membantu.

Apa pun, yang saya harapkan nanti ialah kes ini akan membawa kepada penutup yang baik untuk semua.

Kalau Fadialh berniat untuk mengahwini lelaki berkenaan, saya berharap ia akan dibuat dalam keadaan yang baik.

Mungkin ada perkara yang perlu diperhalusi semua pihak. Namun hasilnya diharap hendaklah yang terbaik.

Kepada yang membaca blog saya ini, doakan kami.

Apa pun, saya yakin kita boleh membawa Fadilah pulang, Insya Allah.

Thursday, October 23, 2008

Rais, Shahidan dan tender dalam UMNO


Saya mendapat tahu yang Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan cadangan sinis Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya jawatan tertinggi parti dipertandingkan secara tender adalah satu penghinaan kepada Umno.
Kata Shahidan , kenyataan Rais itu memalukan Umno apatah lagi dengan statusnya parti keramat yang mendokong dan memperjuangkan hak orang Melayu. Sebagai tindak balas terhadap kenyataan itu, Shahidan secara sinis mencadangkan pencalonan Rais ditender RM1.
" Kita tahu beliau (Rais) ahli bahasa dan kenyataan sedemikian bukan perkara baru bagi beliau.

" Beliau sebelum ini pernah menggelar kumpulan mat rempit sebagai mat setan.

"Justeru, sebelum beliau ambil tindakan untuk tender Umno, saya cadangkan Rais sendiri ditender dan saya akan mulakan tender beliau dengan RM1. Jika beliau mahu tender parti juga, lebih baik beliau tender Semangat 46 yang beliau sertai dulu," katanya yang saya petik dalam sebuah akhbar baru-baru ini.

Bagi saya mudah, Rais membuat kenyataan sinis itu mungkin setelah beliau 'penat' dengan gejala yang sering melanda tetapi seperti mana Shahidan, saya turut merasakan komen Menteri Luar itu sebagai sesuatu yang terlalu keras dan tidak sepatutnya diluahkan secara terbuka.

Namun untuk menafikan pun tidak boleh juga. Orang ada mata, orang ada telinga, orang ada otak untuk menilai dan menafsir budaya politik wang yang berlaku itu

Apapun saya berharap selepas ini, semua orang baik yang pemimpin mahupun yang dibawah, supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan komen terutama yang menyentuh rumah tangga kita di akhbar-akhbar, bukannya apa, musuh-musuh di luar sana menunggu masa saja untuk meruntuhkan parti keramat yang kita warisi sejak sekian lama ini.

Kita ada forum untuk meluahkan ketidakpuasan hati kita terhadap satu-satu perkara, gunakan forum itu.

Meluahkan ketidakpuasan hati dan perasaan marah dalam media sebenarnya hanya membuka pekung di dada sahaja.

Fikir-fikirkanlah.


Perhimpunan untuk blogers

MAJLIS BLOG DI JAKARTA, INDONESIA, 22 NOVEMBER DAN PENULIS BLOG DARI AMERIKA SYARIKAT, CHINA, AUSTRALIA, HONG KONG, MALAYSIA-SINGAPURA DIJEMPUT Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Republik Indonesia.

JAKARTA, 23 Okt/Antara-AsiaNet/—- Kerajaan Indonesia Dan Kedutaan Amerika Syarikat Di Indonesia Menyokong Majlis Blog 2008 Yang Akan Diadakan Di Jakarta Pada 22 Nov, 2008 Dan Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan Indonesia Turut Menyokong Acara Itu Dengan Menjemput Lima Penulis Blog Dari Amerika Syarikat, China, Australia, Hong Kong, Malaysia Dan Singapura. Kedutaan Amerika Syarikat bangga untuk menaja Majlis Blog tahunan kedua itu pada 22 Nov,” Duta Amerika Syarikat ke Indonesia Cameron R Hume berkata pada satu sidang akhbar di Kementerian Komunikasi dan Penerangan Indonesia di sini baru-baru ini. Duta itu berkata, penulisan blog merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan negara beliau menyokong kebebasan bersuara. Berucap pada majlis yang sama, Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia Muhammad Nuh berkata penulisan blog merupakan satu tempat untuk orang ramai melahirkan kreativiti yang akhirnya akan mencipta satu masyarakat berasaskan maklumat dan kemudiannya berasaskan pengetahuan.
“Kerajaan dan kementerian memberikan kebebasan luas kepada penulis blog untuk melahirkan pemikiran beretika dan pintar mereka, perasaan atau pandangan.Kebebasan merupakan salah satu yang wajib untuk pembangunan kreativiti,”kata beliau. Menteri itu berkata bahawa pejabat beliau tidak berniat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog kerana aktiviti penulisan blog mereka dianggap sumbangan positif kepada orang ramai. Majlis Blog 2008 itu bermatlamat mengumpul semua penulis blog Indonesia untuk berkongsi maklumat dan memperluaskan rangkaian mereka untuk kerjasama di masa hadapan. Aktiviti itu akan membolehkan penulis blog untuk memberi kesan positif kepada orang ramai. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan juga menyokong acara itu dengan menjemput lima penulis blog dari Amerika Syarikat, China, Australia, Hong Kong, Malaysia dan Singapura SUMBER: Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Republik Indonesia.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI : NAMA : ENCIK SURYA DHARMA PENGARAH PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN AWAM KEMENTERIAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN, REPUBLIK INDONESIA.TEL : +6221-3838167, +6221-3838131 FAKS : +6221-3849715 EMAIL : surya—d@budpar.go.id, humas@budpar.go.id TARIKH SIARAN : 23 OKTOBER 2008 DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA &

Tuesday, October 21, 2008

Ragam Manusia

SEKRETARIAT PEMBELAAN MASYARAKAT
RUMUSAN KES SEHINGGA : 14/10/2008



1) SUAMI (WARGA PAKISTAN) MEMBAWA LARI ANAK BERUSIA 2 (DUA) BULAN, ISTERI (WARGA MALAYSIA) TANPA PENGETAHUAN DAN IZIN ISTERI.

Tindakan:
WISMA PUTRA & INTERPOL TELAH DIMAKLUMKAN. KINI MENUNGGU ARAHAN DARI KEDUTAAN MALAYSIA DI PAKISTAN

2) PENYALAHGUNAAN KUASA SEBAGAI KETUA UMNO CAWANGAN MUSLIM, TELUK INTAN DENGAN SENGAJA TIDAK MEMBAYAR YURAN AHLI UMNO CAWANGAN SERAMAI 111 ORANG DENGAN TUJUAN AGAR AHLI TIDAK DAPAT MENGALAHKANNYA SEBAGAI KETUA CAWANGAN DI DALAM MESYUARAT.

Tindakan:
SALINAN ADUAN TELAH DIHANTAR KE BAH. TATATERTIB UMNO UNTUK TINDAKAN LANJUT.


3) MENANTU PEREMPUAN (WARGA THAILAND) MEMBAWA LARI ANAK BERUSIA 5 (LIMA) TAHUN KE THAILAND TANPA IZIN SUAMI (WARGA MALAYSIA).

Tindakan:
KAUNSELING DIBERIKAN & KINI PIHAK KELUARGA SEDANG BERBINCANG DENGAN PIHAK MENANTU.

4) WAKIL KETUA BAHAGIAN YANG HADIR DALAM MESYUARAT CAWANGAN DENGAN TANPA SEBAB MENANGGUHKAN MESYUARAT DENGAN ALASAN CAWANGAN KURANG KORUM, SEDANGAKAN CAWANGAN CUKUP AHLI.

Tindakan:
SALINAN ADUAN TELAH DIHANTAR KE BAH. TATATERTIB UMNO UNTUK TINDAKAN LANJUT.


5) ISTERI SUDAH BERCERAI DENGAN SUAMI (ORANG VIP)TELAH MEMOHON NAFKAH MELALUI MAHKHAMAH SYARIAH NAMUN KES SERING TERTANGGUH (PENGADU MOHON DIPERCEPATKAN). ISTERI MENGADU TELAH DITAHAN REMAN POLIS ATAS ADUAN SUAMI BAHAWA ISTERI MENCURI DAN INGIN MELUPUSKAN KERETA SI SUAMI SEDANGKAN SI ISTERI MASIH BELUM BERCERAI DENGAN SI SUAMI KETIKA ITU. ISTERI JUGA INGIN MELAPORKAN BAHAWA SERING DIPUKUL SUAMI NAMUN SETELAH BEBERAPA KALI MEMBUAT LAPORAN POLIS TIADA TINDAKAN DIAMBIL PADA SI SUAMI.

Tindakan:
KAUNSELING SERTA PANDUAN DIBERIKAN SUPAYA TINDAKAN YANG TEPAT DAPAT DIAMBIL KEPADA PIHAK SUAMI


6) PENGADU MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN SETELAH KEMATIAN AYAH. IBU HANYA SEORANG SURI RUMAH. PENGADU INGIN MENYAMBUNG BELAJAR UNTUK AMBIL STPM. PENGADU PADA MASA INI MENGGUNAKAN WANG PENCEN AYAH UNTUK MENYARA HIDUP.

Tindakan:
TELAH DI ARAH UTUK MERUJUK KE YAYASAN SABAH UNTUK BANTUAN


7) PENGADU HILANG PUNCA PENCARIAN SETELAH DIBUANG KERJA AKIBAT MASALAH MENTAL YANG DIDAKWA AKIBAT DISIHIR. KINI SETELAH PULIH PENGADU INGIN MEMBUKA PERNIAGAAN DAN INGIN BANTUAN MENDAPATKAN PINJAMAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.

Tindakan:
TELAH DIBANTU MENDAPATKAN PINJAMAN DENGAN YAYASAN TEKUN


8) PENGADU MENGALAMI KEMALANGAN, HILANG DOMPET SERTA HANDPHONE DAN PATAH TANGAN. PENGADU PERLU WANG UNTUK PULANG KE KELANTAN UNTUK DIJAGA KELUARGA.

Tindakan:
KES SELESAI, SEKRETARIAT BERI SUMBANGAN IKHLAS RM 100


9) PENGADU TERBEBAN OLEH HUTANG SETELAH RUMAH DILELONG PIHAK BANK. PENGADU MEMOHON AGAR BUNGA HUTANG DIKURANGKAN DAN TEMPOH PEMBAYARAN DIPERPANJANGKAN. PENGADU KUWATHIR AKAN BANKRUPSI.

Tindakan:
PENGADU DIBERI PANDUAN MEMBUAT 'PROPOSAL' PADA PIHAK BANK DENGAN DISOKONG OLEH SEKRETARIAT.


10) PENGADU MELAPORKAN BAHAWA BELIAU DITUDUH MENIPU WANG SEORANG DATIN (ISTERI KEPADA BEKAS KETUA POLIS NEGERI) AKIBAT PERTUDUHAN TERSEBUT, PENGADU TELAH DIREMAN PIHAK POLIS SELAMA 25 HARI. PENGADU MENDAKWA DIZALIMI DAN DIANIAYA.

Tindakan:
PENGADU DIBERI KAUSELING DAN PANDUAN OLEH PEGUAM SEKRETARIAT.


11) PENGADU DITIPU OLEH AGENSI PEKERJAAN DI SABAH UNTUK BEKERJA DI SINGAPURA. PENGADU MENDAKWA TIDAK DIGAJI SELAMA 15 BULAN, DIANIAYA DAN DIPUKUL

Tindakan:
PENGADU TELAH DIBERI SUMBANGAN WANG IKHLAS & KES TELAH DISIAR DI AKHBAR.


12) ISTERI PENGADU SAKIT KANSER PAYUDARA. PENGADU MEMOHON AGAR DIBERI BANTUAN KEWANGAN UNTUK MEMBIAYA KOS PERUBATAN DAN RAWATAN ISTERI BELIAU.

Tindakan:
SEKRETARIAT TELAH MEMBERI SUMBANGAN IKHLAS RM 500


13) PENGADU TERBEBAN DENGAN HUTANG PINJAMAN DENGAN 8 (LAPAN) ‘AH LONG’ BERBEZA. PINJAMAN DIBUAT DENGAN ALASAN UNTUK MEMBAYAR ANSURAN KERETA DAN LAIN-LAIN BIL. PENGADU TELAH DIMARAHI OLEH ‘AH LONG’ YANG MEMBERI PINJAMAN. PENGADU KUWATHIR AKAN KESELAMATAN KELUARGA BELIAU.

Tindakan:
SEKRETARIAT TELAH BERUNDING DENGAN PIHAK
‘AH-LONG’ & PENGADU TURUT DIBANTU BAGI MENDAPATKAN PINJAMAN.


14) PENGADU MELAPORKAN ANAK PEREMPUAN YANG BELAJAR DI PERTH (TAJAAN PETRONAS), AUSTRALIA TELAH PUTUS HUBUGAN KOMUNIKASI DENGAN KELUARGA. ANAK PEREMPUAN PENGADU DIKATAKAN BEKERJA DENGAN SYARIKAT ‘CLEANING SERVICES’ DI PERTH (PART-TIME) SEBAGAI CLEANER SEBELUM DIKATAKAN DITAWAR MENJADI OPERATION MANAGER. PENGADU TIBA-TIBA PUTUS HUBUNGAN KOMUNIKASI DENGAN KELUARGA DAN LANGSUNG TIDAK DAPAT DIHUBUNGI.

Tindakan:
BUTIRAN ANAK YANG HILANG TELAH DIKIRIM KE WISMA PUTRA, INTERPOL & KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI PERTH UNTUK BANTUAN.


15) PENGADU INGIN MEMOHON BANTUAN MENDAPATKAN SIJIL KELAHIRAN UNTUK ANAK BELIAU DARIPADA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA.

Tindakan:
PENGADU TELAH DIRUJUK KE KEMENTERIAN DALAM NEGERI & JPN. KES SELESAI


16) PENGADU INGIN MEMOHON BANTUAN MENDAPATKAN PINJAMAN UNTUK MODAL MEMBUKA KEDAI MAKAN.

Tindakan:
TELAH DIBANTU MENDAPATKAN PINJAMAN DENGAN YAYASAN TEKUN


17) PENGADU MEMOHON BANTUAN UTK BERDAFTAR DENGAN MALAYSIAN MEDICAL COUNCIL.

Tindakan:
PENGADU TELAH DIBAWA BERJUMPA KETUA PENGARAH KESIHATAN & KINI PERMOHONAN DILULUSKAN.KES SELESAI.


18) PENGADU MENDAKWA ISTERI & ANAK DILARIKAN BAPA MERTUA SETELAH GAGAL MENDPTKAN RM 1 JUTA YG DIMINTA. ANAK & ISTERI DIDAKWA DISOROKKAN DI WAO (WOMEN AID ORGANIZATION).

Tindakan:
WISMA PUTRA & INTERPOL TELAH DIMAKLUMKAN. KINI MENUNGGU ARAHAN DARI KEDUTAAN MALAYSIA DI PAKISTAN


19) PENGADU MOHON BANTUAN BERUNDING DENGAN PIHAK BANK UNTUK MENGELAKKAN ANAK BELIAU DIISTIHARKAN BANKRUPSI AKIBAT NAMA DIPAKAI ABANG IPAR MEMBELI KERETA

Tindakan:
SEDANG BERUNDING DENGAN PIHAK BANK UNTUK MEMBUAT RAYUAN & CADANGAN BAYAR BALIK


20) PENGADU DITINGGAL SUAMI (GANTUNG TAK BERTALI). PENGADU MOHON BANTUAN MENCARI SUAMI UNTUK MINTA DICERAIKAN AKIBAT TIDAK TAHAN DIDUAKAN DAN DIPUKUL SUAMI

Tindakan:
KES SEDANG DIPROSES.


21) PENGADU TERBEBAN HUTANG PINJAMAN BANK SETELAH DIJANJIKAN SAHAM DALAM SYARIKAT (ORIENTAL BANK). SETELAH BANK DIAMBILALIH OLEH EON BANK PENGADU DISAMAN PIHAK BANK UNTUK BANKRUPSI.

Tindakan:
PERBINCANGAN TELAH DIADAKAN DENGAN PENGADU OLEH PEGUAM SEKRETARIAT. KES SEDANG DIPROSES


22) PENGADU MOHON BANTUAN MENGELUARAN SIMPANAN ARWAH SUAMI DARI CPF (SINGAPURA).

Tindakan:
KES SEDANG DIPROSES


23) PENGADU MENGADU ANAK GADIS DIBAWA LARI OLEH PEMUDA INDONESIA KE LOMBOK, INDONESIA TANPA IZIN DAN PENGETAHUAN PIHAK KELUARGA GADIS

Tindakan:
WISMA PUTRA, INTERPOL, KEDUTAAN BESAR INDONESIA & KEDUTAAN BESAR MALAYSIA TELAH DIMAKLUMKAN. KES TELAH DIPROSES DAN KINI HAMPIR SELESAI.


24) PENGADU MENGADU ADIK BELIAU TELAH MENGIKUT GADIS INDONESIA KE MEDAN DAN HILANG TANPA BERITA

Tindakan:
PENGADU MEMAKLUMKAN ADIK BELIAU TELAH MENGHUBUNGI BELIAU DAN DALAM KEADAAN SELAMAT.


25) PENGADU MENGADU AKIBAT TIADA MODAL BERNIAGA BELIAU TELAH BERHUTANG DENGAN SANAK SAUDARA DAN KINI TERTEKAN AKIBAT HUTANG

Tindakan:
TELAH DIBANTU MENDAPATKAN PINJAMAN DENGAN YAYASAN TEKUN.


26) PENGADU MENGADU TERPENGARUH DENGAN PUJUKAN RAKAN BELIAU UNTUK MELABUR DALAM SKIM CEPAT KAYA DAN KINI DIBEBANI HUTANG AKIBAT MEMINJAM DENGAN TEMAN-TEMAN.

Tindakan:
TELAH DIBANTU MENDAPATKAN PINJAMAN DENGAN YAYASAN TEKUN


27) PENGADU MENGADU BAHAWA BELIAU TELAH DIPAKSA MEROBOHKAN GERAI LEMANG BELIAU DENGAN ALASAN MENERIMA ADUAN OLEH KAUM INDIA DI KAWASAN PERUMAHAN BERDEKATAN TENTANG PENCEMARAN ASAP LEMANG. PENGADU MENDAKWA GERAI LEMANG BELIAU TIDAK MENGELUARKAN ASAP YANG BERLEBIHAN

Tindakan:
KES SEDANG DIKAJI DAN DIPROSES.


28) PENGADU MENGHADAPI MASALAH MENDAPATKAN SIJIL KELAHIRAN UNTUK ANAK BUAH BERUSIA 8 TAHUN AKIBAT TIADA MAKLUMAT IBU SERTA IBU BUKAN WARGA MALAYSIA. ANAK BUAH TIDAK DAPAT MENDAFTAR KE SEKOLAH DISEBABKAN TIADA DOKUMEN PENGENALAN YANG DIPERLUKAN.

Tindakan:
KES DIRUJUK KE KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA.

Friday, October 17, 2008

Memang kurang ajar ...


Kurang ajar , bodoh, biadap dan bangsat... Itulah ayat paling tepat untuk mencerminkan individu atau kumpulan yang terbabit mereka gambar seperti ini. Ini sudah masuk ke tahap mempersoalkan akidah keislaman seseorang. Betapa hinanya tahap politik di negara ini sekarang. Saya harap janganlah ada pihak yang percaya perkara bodoh ini. Kalau kita percaya perkara bodoh seperti ini, maka kita adalah dua kali bodoh banding yang mencipta gambar ini.

Wednesday, October 15, 2008

Gunakan ISA jika Hindraf masih berdegil

Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO menyambut baik langkah kerajaan mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram.

Tindakan pengharaman yang diambil itu amat wajar kerana nasihat dan peringatan sudah berulang kali diberikan tetapi tidak diendahkan oleh pihak itu.

Sekretariat berharap, selepas ini, kerajaan akan menggunakan undang-undang yang tegas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk membendung Hindraf jika mereka masih bergerak aktif.

Pengharaman sewajarnya disusuli dengan tindakan tegas kerana jika tidak, pengharaman yang dibuat tidak akan membawa sebarang maksud.

Sekretariat memandang serius kewujudan Hindraf yang boleh membawa mudarat kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Jika tidak dibendung secara keseluruhan, dibimbangi akan membawa kesan yang negatif kepada masyarakat terutama dalam hubungan antara Melayu dan India di negara ini.

Amat merugikan jika hubungan kaum yang mula dipupuk sejak sebelum kemerdekaan lagi berakhir atau tergugat akibat pegangan politik sempit sebuah kumpulan seperti Hindraf.

Justeru, tindakan yang paling tegas demi kebaikkan bersama adalah pilihan seterusnya untuk dilaksanakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Sekteriat juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar atas tindakan bernas mengharamkan Hindraf. Sekretariat juga berharap harap ini adalah satu bentuk peringatan terhadap pihak yang cuba ambil kesempatan dalam isu berkaitan agama, etnik dan budaya.

Diminta jangan aibkan mana-mana pihak sekali pun.

Rakan-rakan dari semua kaum perlu menghormati sejarah perjuangan yang mana telah dibawa sekian lama di mana kita sudah dapat kemerdekaan 51 tahun.

Saya harap amalan sistem demokrasi akan terus dapat dikekalkan.

Di sekretariat kami mengamalkan dasar pintu terbuka iaitu membantu setakat yang terdaya untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, etnik atau agama.

Bukti UMNO amalkan sistem perpaduan untuk semua kaum.

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat

Saturday, October 11, 2008

Tidak tahu hormat orang

Lihatlah pada pengorbanan Allahyarham. Beliau tidak pernah hidup kaya-raya. Sepanjang usianya dihabiskan untuk berbakti kepada negara ini. Janganlah kita menghina seorang yang begitu mulia ketika hayatnya. Tolonglah....ok...tolonglah


Maaf saudara Haris Ibrahim, lawak anda ‘not funny’

PEGUAM, aktivis dan bloggers, saudara Haris Ibrahim menulis mengenai allahyarham bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba dalam blognya

http://harismibrahim.wordpress.com/2008/10/09/i-no-understanding-you-i-no-speaking-inglis/.

Menurut Harris, dia ada mendengar orang bercakap mengenai Tun Ghaffar sewaktu arwah pergi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Kata Harris, sewaktu arwah nak pesan roti bakar dekat seorang waiter, arwah cakap macam ni;

‘I want you burn the bread, but don’t burn too much, ok. Put the butter upstairs and the jam downstairs’, or something like that.

Macam nilah, semua orang tahu Tun Ghaffar tidak begitu fasih berbahasa Inggeris tetapi untuk menghina arwah dengan lawak sebegini, bagi aku, cukup melampau dan mengejikan.
Apatah lagi arwah tidak ada di dunia untuk membela dirinya dari lawak-lawak bangang seperti di atas
Saudara Harris, arwah Tun Ghaffar tak fasih berbahasa Inggeris adalah fakta, Tun Ghaffar hanya bawa plastik beg masa kat airport selepas dijatuhkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim adalah fakta, bini Tun Ghaffar kena tangkap basah masa arwah sakit juga adalah fakta.
Tetapi saudara Harris kena ingat, Tun Ghaffar mengabdikan dirinya untuk memperjuangkan kemerdekaan dan maruah orang Melayu juga adalah fakta, Tun Ghaffar menolak sebarang pingat sewaktu berkuasa kerana sifatnya yang rendah diri itu juga adalah fakta, Tun Ghaffar salah seorang pemimpin Melayu yang miskin harta kerana tidak gila wang ringgit walaupun pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri juga adalah satu fakta!!!
Aku hampir menitiskan airmata setiap kali mengenangkan pengorbanan Tun Ghaffar kepada orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya dan dan aku tak mampu untuk ketawa hanya kerana beliau tidak fasih berbahasa Inggeris seperti saudara.
Lebih mengecewakan lagi, yang menghina arwah juga adalah orang Melayu seperti anda.
Maaf saudara Harris Ibrahim, sekali lagi aku ingin ulang, lawak anda ‘not funny’.

(Petikan : http://syahrilkadir.wordpress.com/)

Antara mati pucuk, impotensi dan pemilihan UMNO

(petikan : http://malaysia-instinct.com/english/)

Antara Mati Pucuk, Impotensi dan Pemilihan UMNO


Written by SHARIFA ANAMARHAEN
Sunday, 12 October 2008 10:40
OLEH ANAMARHAEN ALI

Mati pucuk adalah ‘cacat seks’ yang mengakibatkan seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh. Kata doktor, mati pucuk merupakan kecacatan yang serius dan boleh menghancurkan perkahwinan kerana pasangan tidak dapat menghasilkan keturunan.
Orang lelaki yang tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut impoten disebabkan batang zakarnya lembik.
Hendaklah dibezakan antara impoten dan lemah zakar. Impoten adalah orang yang tidak mampu melakukan persetubuhan di mana batang zakarnya lemah, tidak boleh berdiri. Tetapi ia tetap mempunyai nafsu berahi yang amat besar. Sedang orang yang lemah zakar adalah orang yang mempunyai potensi seksual namun dingin sekali nafsunya untuk berhubung kelamin.
Dalam hal ini terdapat tingkat kemampuan seks, iaitu ada orang yang potensi seksualnya sederhana sahaja. Ada yang potensi seksual sangat besar dan ada pula yang sangat dingin .
Walaupun dari segi terma perubatan, mati pucuk, lemah zakar dan impoten merupakan satu keadaan yang berbeza-beza tetapi kesimpulannya ia tetap menjurus pada satu keadaan- ketidakmampuan lelaki menunaikan tanggungjawab batiniahnya.
Apa pula kaitan kecacatan ini dengan UMNO?
Siapa kata tiada kaitan? Ia ada kaitan dan sindrom atau simpton ini mula sama ada disedari atau tidak sudah mula merebak dalam pemilihan UMNO yang sedang rancak berlangsung.
Kita lihat, mereka yang hendak bertanding memang ramai tetapi ada di antara mereka itu sebenarnya mempunyai masalah yang saling tak tumpah seperti mana yang menimpa pesakit-pesakit lemah tenaga batin ini.
Tengoklah, saban hari tak habis-habis pemimpin yang muncul menawarkan diri untuk bertanding tetapi ramai di antara mereka tidak sedar di sebalik kehebatan baju yang dipakai, kereta yang dipandu, banglo yang tersergam, sebenarnya mereka tergolong dalam kelompok ‘orang kurang upaya’ tersebut.
Seperti mana mereka yang mengalami masalah mati pucuk, kita lihat ada pemimpin yang hendak bertanding diketahui tidak segah manapun sumbangan atau kebolehannya memimpin. Ada juga yang bersandarkan pada faktor kewangan dan sedikit kebolehan membuat kerja-kerja parti.
Sentuhan mereka untuk parti pun seperti ‘suam-suam kuku’. Bukan untuk mengatakan bahawa mereka ini tidak sedar diri atau bernafsu besar semata-mata, tetapi orang kata kena berpada-padalah dengan jawatan yang mahu ditandingi.
Kesudian mereka untuk bertanding waima dalam apa jawatan sekalipun sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai risiko kepada bangsa Melayu dan parti UMNO itu sendiri. Ada harga yang perlu dibayar!.
Ini kerana sekiranya mereka yang sesuai terpilih, dibimbangi mereka gagal menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh jutaan ahli dan kaum Melayu secara keseluruhannya.
Akhirnya parti akan lemah, bangsa tidak boleh berdiri sendiri walaupun nafsu berahi mereka untuk duduk di takhta kepimpinan parti begitu mencanak-canak, seperti mana sindrom mereka yang menghidap masalah impotensi.
Masalah juga akan timbul sekiranya pemimpin yang hendak bertanding ini 'mampu' tetapi tidak mempunyai nafsu atau semangat yang bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan nasib parti dan bangsa mereka, seperti mana pesakit yang dikategorikan mempunyai masalah 'lemah zakar'.
Pemimpin seperti ini juga ramai dalam UMNO. Mereka memiliki kuasa, wang dan pengaruh tetapi ia lebih kepada kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk melestarikan atau memperkayakan nilai dan kekuatan parti.
Warga UMNO dan orang Melayu sudah terlalu lama memberi kepercayaan kepada mereka walaupun sedar orang yang mereka beri kepercayaan itu mempunyai masalah yang sama seperti mereka yang mengalami masalah impotensi dan lemah zakar.
Jangan biarkan ahli UMNO dan orang Melayu menjadi metafora kepada kesanggupan sang isteri untuk terus setia hidup bersama suaminya walaupun dia sendiri 'dahaga' akan sentuhan hangat daripada insan yang bergelar suaminya itu.
Dan semoga Tuhan memberikan petunjuk kepada ahli UMNO agar memilih pemimpin yang betul-betul 'jantan', yang betul-betul 'sihat' dan yang betul-betul 'berkemampuan'.
Kalau UMNO terus-terusan memiliki pemimpin yang mempunyai penyakit seperti ini, jangan terkejut ahli-ahlinya nanti menuntut 'fasakh!'.

Friday, October 10, 2008

Ku Li Tinggalkan UMNO?



Khabar angin tersebar luas kononnya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan meninggalkan UMNO jika beliau gagal mendapat pencalonan atau memenangi jawatan Presiden UMNO.

Sungguh memeranjatkan. Adakah ini benar? Takkan hanya kerana gagal dalam cita-cita seumur hidup beliau sanggup bertindak demikian.

Namun, laporan berita Bernama petang ini melaporkan bahawa Ku Li memberitahu bahawa perkara itu adalah tidak benar.


TENGKU RAZALEIGH TEGASKAN TIDAK AKAN TINGGALKAN UMNO
KOTA BAHARU, 10 Okt (Bernama) — Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan beliau tidak akan meninggalkan Umno sekiranya tidak terpilih sebagai presiden parti terbesar Melayu itu pada pemilihan parti Mac depan.

Katanya apa pun keputusan yang dibuat anggota parti dalam pemilihan nanti, beliau akan menerimanya dengan baik dan tidak sesekali akan bertindak keluar Umno yang telah dianggotainya sejak 47 tahun yang lalu.

"Saya ahli seumur hidup Umno...saya tak akan tinggalkan Umno. Saya tawarkan diri sebagai calon Presiden Umno kerana saya lihat tidak ada yang berani ke depan.

"... saya rasa terpanggil untuk membantu parti supaya dapat tarik balik keyakinan Melayu pada parti. Saya bimbang kalau kita tak betulkan keadaan dan pulihkan keyakinan, dalam pilihan raya umum nanti, Umno akan ditolak," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini.

Katanya penjelasan itu diharap dapat merungkai khabar angin yang didakwanya disebarkan pembangkang kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan campuran.

Tidak menafikan beliau mempunyai hubungan baik dengan pembangkang, Tengku Razaleigh bagaimanapun menegaskan tidak ada sebarang perbincangan berlangsung di antara beliau dengan pembangkang berhubung pembentukan kerajaan campuran di peringkat pusat yang didakwa melibatkan beliau dengan PR.

"Kalau dengar dia orang cakap, gilalah kita semua ni," katanya.

Jelasnya, pendiriannya tetap tidak berganjak untuk bertanding jawatan Presiden Umno walaupun perkembangan terbaru politik menyaksikan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan tidak akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti Mac depan.

Thursday, October 9, 2008

PENANG, Oct 8 (Bernama) -- Penang Chief Minister Lim Guan Eng said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was forced to retire against his will at a time not of his choosing.

He said the abrupt and undignified nature of Abdullah's departure was a sad reflection of his weakened political position that lost him the respect of his party.

"Unlike his predecessor Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah was forced to retire against his will at a time not of his choosing," he said in his statement released here by his office.

Ironically, he said, the public respected Abdullah more than his party, Umno, because he was seen as a "well-intentioned man who is probably one of the few clean leaders left in UMNO".

"Abdullah should leave a legacy of fighting corruption by having open tender and taking action against the leaders in Barisan Nasional (BN) and UMNO who abused power," he added.

Lim was commenting on the prime minister's decision not to defend his Umno presidency in the coming party elections.

After chairing the BN supreme council meeting at the Putra World Trade Centre today, Abdullah announced that he would not defend his post as Umno president and would step down as prime minister in March next year.

Meanwhile, in KOTA BAHARU, PAS' spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat described Abdullah's quit decision as too late, unwise and not transparent as it would worsen the country's political situation.

"If he quits next March, it is as though he has not done wrong but if he really feels responsible for the state of his party and country, he should step down now," he said.
Asked on the transfer of leadership to Najib, Nik Aziz declined to comment.

In ALOR STAR, the PAS-led Kedah government expressed hope that Abdullah's successor would continue with the cordial relations with the state government.

Menteri Besar and PAS state commissioner Datuk Seri Azizan Abdul Razak said the state government was prepared to deal with anyone appointed as prime minister.

"I do not wish to mind other people's business and this is an Umno matter," he said when asked to comment on Abdullah's decision not to defend his Umno presidency in the party elections in March.

Azizan said the Kedah government had good, cordial relations with the federal government and regarded Abdullah as an exemplary leader with regard to Umno-PAS relations.

"However, when the time comes for Abdullah to step down, he should do it as it is only normal for leaders to come and go," he said.

DAP advisor Lim Kit Siang said it would be more difficult for Abdullah to deliver his reform pledges once he announced his exit plan today than when he won the landslide electoral mandate in the 2004 general election.

"But this could still be done if Abdullah is prepared to do the impossible and use his last five months as prime minister to honour all the pledges and promises of the past five years," he said in a statement.

He said this action must be evident from today's cabinet meeting as well as the first day of the reconvened Parliament on Monday (Oct 13), and this will be an honourable exit for the country's fifth prime Minister.

Kenapa adakalanya rasa nak sepak aje pemimpin pembangkang yang kata Pak Lah dipaksa berundur. Buat apa pun salah di mata mereka-mereka ni kan....

Wednesday, October 8, 2008






Terima kasih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Anda telah membuktikan anda juga seorang pejuang bangsa yang tiada tolok bandingnya.
Datuk Seri akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai seorang pemimpin yang telah melakukan pengorbanan yang amat besar sekali.
Datuk Seri telah melakukan apa Datuk Seri fikirkan perlu.
Diharap kini semua pengkritik Datuk Seri akan berpuas hati dan tidur nyenyak setiap malam.
Jasa Datuk Seri tidak akan kami lupakan. Untuk beberapa bulan yang mendatang ini, diharap Datuk seri akan terus menabur bakti sebanyak yang boleh.
Sekali lagi, terima kasih Datuk Seri




Tuesday, October 7, 2008

Hindraf kurang ajar perlu diajar





1) Hindraf kini menjadi buah mulut banyak pihak. Bukan kerana kehebatan mereka tetapi kerana sikap biadap melampau kumpulan itu.
2) Apakan tidak, dalam majlis sambutan Hari Raya Perdana Menteri dan Menter-menteri kabinet baru-baru ini, mereka datang dengan penuh sombong dan bersikap ala gangster. Tidak mahu bersalam dengan Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang lain.
3) Apa mereka ingat diri mereka hebat sangatkah?
4) Sudahlah begitu, pemimpin mereka boleh pula buat kenyataan kononnya mereka berkunjung ke rumah terbuka itu dengan niat untuk bermaaf-maafan.
5) Bermaaf-maafan apa bendanya kalau tidak mahu bersalam dengan sesiapa atau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Perdana Menteri dan lain-lain.
6) Itu mencerminkan sifat angkuh yang melampau. Perangai orang tidak sekolah pun ada jugak.
7) Saya bersetuju dengan pandangan pelbagai kumpulan sekarang ini yang mahukan agar kumpulan haram itu diambil tindakan.
8) Jangan diberi muka lagi. Hindraf mewakili satu kumpulan yang mempunyai perjuangan kaum yang sempit.
9) Mereka tidak mendukung cita-cita perpaduan nasional dan hanya mahu menjadi juara di kalangan orang India.
10) Dalam usaha itu, mereka memburukkan dan menjadikan UMNO (secara tidak langsung orang Melayu) sebagai mangsa mereka.
11) Kalau perkara ini berterusan, saya bimbang masyarakat Melayu pula akan bangkit menentang. Dan percayalah, senario yang wujud ketika itu bukanlah sesuatu yang baik atau menarik untuk negara ini.
12) Kesabaran bangsa Melayu memang tidak boleh dinafikan sebagai amat tinggi, tetapi jika berterusan digugat maka akan terlerai juga akhirnya.
13) Demi negara tercinta ini, saya mencadangkan agar kumpulan biadap ini dibanteras terus. Jangan lagi bersimpati atau memberi muka kepada mereka.
14) Sekarang ini pun kita sudah agak terlewat kita mengambil tindakan ke atas mereka. Justeru, saya memohon kepada kerajaan agar menggunakan segera ruang undang-undang yang ada seperti ISA untuk mengatasi kumpulan ini.
15) Demi agama dan demi bangsa juga kita harus bertindak dengan pantas.

Monday, October 6, 2008

Bila Pak Lah akan umum....

Bila Pak Lah akan mengumumkan sama ada beliau mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO akan terjawab dalam sehari dua lagi.

Ia mungkin esok (Selasa - 7 Okt) atau Rabu ini.

Memperlihatkan kenyataan beliau, kemungkinan besar pengumuman itu dilakukan hari Rabu ini.

Sebab Pak Lah akan bertemu dengan pemimpin BN melalui mesyuarat dewan tertinggi parti komponen itu pada hari berkenaan.

Tujuan pertemuan difahamkan bagi memperjelaskan hala tuju peralihan kuasa dalam UMNO.

Memanglah ahli-ahli BN berhak untuk mengetahui perkara itu kerana Presiden UMNO juga adalah Presiden BN.

Kalau ikut pandangan saya, memanglah hari Rabu ini akan menjadi detik penentuan sama ada beliau akan mempertahankan atau tidak.

Kemungkinan selepas pertemuan itu beliau akan memberitahu apakah langkah politik beliau yang seterusnya.

Tidak kira apa pun keputusan beliau kelak, saya yakin ia dilakukan setelah mengambil kira pertimbangan yang sewajarnya.

Sama ada pertahan atau tidak, yang pasti ia akan mencorak perjalanan politik yang lebih rancak selepas ini.

Dan, diharap apa jua keputusan beliau akan dilihat sebagai sebagai hak beliau sebagai pemimpin dan individu.

Andai beliau memilih untuk terus bertahan, maka kita perlu memberikan ruang dan melihat ia sebagai peluang untuk Pak Lah bertanding secara adil dan saksama.

Akar umbi juga harus diberikan peluang untuk menilai sejauh mana Pak Lah masih dikenang para ahli UMNO.

Dan jika beliau memilih untuk tidak mempertahankan, maka kita harus memberikan hormat yang lebih tinggi kepada beliau kerana mengambil langkah yang berani.

Saya menulis bukan untuk mengampu tetapi kita sedang bercakap mengenai nasib pemimpin tertinggi parti.

Maka, setiap kata kita hendaklah mencermikan rasa hormat dan mengenang budi terhadap apa jua keputusan beliau nanti.